Kini, trend nail art ataupun seni hias kuku banyak diperkatakan. Anda lihat sahaja di media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun Pinterest, ada sahaja yang membuat tutorial corak kuku. Mulai hanya menggunakan satu warna sehinggalah dengan reka bentuk abstrak, polkadot, corak bunga, pencampuran warna yang rumit sampailah menggunakan tambahan aksesori. Tapi terdapat satu trend nail art yang menarik minat penulis.
Dikenal dengan istilah ‘monokrom’, warna ini berjaya mencuri perhatian ramai wanita dan para remaja. Gabungan dua warna hitam dan putih yang dicurahkan memang kelihatan cukup menyenangkan. Tak hairan jika warna ini menjadi kegemaran kerana ianya mudah untuk dipadukan pada jenis warna lain.
Minimalis dan elegan. Dua kata ini seolah-olah sesuai untuk mewakili pesona warna ini. Untuk menikmatinya juga sudah semakin banyak pilihan, tak hanya pada pakaian, kasut, beg atau aksesori, tetapi juga untuk penghias kuku. Pelbagai pilihan gaya kuku ditawarkan oleh warna yang tegas dan klasik ini.
Jadi, pada sesiapa yang suka berekperimen dengan nail art, bolehlah cuba gaya ini. Jika selama ini anda hanya bermain dengan satu warna sahaja, kami cadangkan anda untuk mencuba trend nail art yang satu ini, ‘black and white geometric look’, yang mampu membuat penampilan kuku lebih artsy dan bergaya!
Ini ada beberapa contoh anda boleh jadikan inspirasi.