Dua hari lepas, Yuna membuka peluang kepada peminatnya untuk mengintai isi majalah fesyen Instyle edisi Amerika Syarikat yang memuatkan imej-imej beliau menyarung helaian ciptaan pereka termahsyur melalui rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, yunamusic.
Tidak hanya berjaya meletakkan diri di hati masyarakat tanah air, Yuna juga mendapat perhatian daripada ribuan peminatnya dari seluruh dunia yang terpikat dengan konsep pemakaian serta gaya fesyen yang dibawanya selari dengan alunan rentak menarik yang cuba diketengahkannya dalam arena muzik antarabangsa.
Yuna boleh dikatakan sangat unik kerana membawa jiwanya yang tersendiri kala berfesyen. Cita rasanya lain daripada lain dan mungkin itu adalah sebab kenapa orang cepat mengenalinya.
Jika anda kepingin untuk bergaya sakan ikut cara Yuna, jom Wanista ajarkan bagaimana.
#1 Turban
https://www.instagram.com/p/9rdjurOjF9/?taken-by=yunamusic&hl=en
Yuna adalah antara individu terawal yang mencipta evolusi trend hijabista di Malaysia. Gaya turban ini memang cocok dengan dirinya.
https://www.instagram.com/p/9JchcmOjIG/?taken-by=yunamusic&hl=en
Tidak kira selendang jenis apa yang anda gunakan, sila pastikan ikatan atau lilitannya kukuh dan ditambah dengan pin yang disemat ke setiap penghujung selendang agar ia sentiasa tampak kemas dan tidak mudah terbuka. Cuba cari video tutorial di YouTube untuk belajar teknik-teknik memakai turban dengan rapi.
#2 Aksesori Rantai Setiap Masa, Di Mana Jua
https://www.instagram.com/p/zJanmxOjBG/?taken-by=yunamusic&hl=en
Rantai berperincian besar, mempunyai rekaan menonjol sering dilihat menghisai bahagian dada Yuna yang polos. Oh, adakalanya Yuna juga melilit selendang pada leher sebagai penyeri gaya yang sangat chic & trendy!
https://www.instagram.com/p/7rYSwGujET/?taken-by=yunamusic&hl=en
#3 Teknik “Layering”
https://www.instagram.com/p/6wi6dlujK7/?taken-by=yunamusic&hl=en
Mungkin ada orang akan rimas apabila perlu memakai berlapis-lapis pakaian di badan. Namun, tidak bagi Yuna. Lebih banyak helaian pakaian yang anda pakai, lebih cantiklah anda! Tahu?
#4 Kasut Tumit Rendah
https://www.instagram.com/p/BAJVBqAujMQ/?taken-by=yunamusic&hl=en
Seperti yang kita semua tahu, asalnya Yuna ini adalah seorang gadis yang berjiwa kental. Susah sekali untuk melihat Yuna memakai stiletto mahupun wedges.
https://www.instagram.com/p/BDPQRoGOjCS/?taken-by=yunamusic&hl=en
Untuk gaya kasual, Yuna mungkin merasakan dirinya lebih mudah bergerak apabila mengatur langkah dengan kasut tumit rendah seperti boots mahupun sneakers.
#5 Turtle Neck
https://www.instagram.com/p/BF4xSIZujG4/?taken-by=yunamusic&hl=en
Kita sudah sedia maklum bahawa Yuna ini berturban, jadi haruslah dia memakai pakaian dalam yang bisa menutupi leher seperti baju “turtle neck” ini agar bertepatan dengan gaya fesyen muslimah yang sopan.
#6 Anting-Anting Gelung
https://www.instagram.com/p/BGAMsBPujGo/?taken-by=yunamusic&hl=en
Jika anda mengikuti perkembangan Yuna melalui akaun Instagram miliknya, anda pasti sedar bahawa Yuna gemar menggayakan anting-anting gelung (hoops earrings) sebagai aksesori harian, terutama sekali yang berwarna perak ini.
#7 Kardigan Labuh
https://www.instagram.com/p/7Rr42COjDx/?taken-by=yunamusic&hl=en
Seperti hijabista yang lain, Yuna juga mempunyai minat yang mendalam terhadap helaian kardigan labuh.
https://www.instagram.com/p/BEmf1CbOjLt/?taken-by=yunamusic&hl=en
Selain jaket, kardigan labuh yang berasaskan material ringan seperti chiffon sering digayakan Yuna… mungkin kerana ianya tampak “simple yet exclusive”!
#8 Sulaman Manik
https://www.instagram.com/p/vz6YbIujLF/?taken-by=yunamusic&hl=en
Kala menghadirkan diri ke acara-acara glamor, Yuna lebih berkeyakinan untuk menggayakan helaian yang bersulam manik sarat!
https://www.instagram.com/p/6l5ZA5OjFP/?taken-by=yunamusic&hl=en
#9 Jumpsuit
https://www.instagram.com/p/BEEW8-0OjL5/?taken-by=yunamusic&hl=en
Untuk si tinggi lampai, anda memang cantik jika memakai helaian jumpsuit! Cubalah!
https://www.instagram.com/p/BIWLbWlhXrV/?taken-by=yunamusic&hl=en
Jika anda rendah sekali pun, anda boleh turut mencuba kerana secara tidak langsung, potongan pada jumpsuit ini akan menampakkan ilusi tubuh lebih langsing serta kaki yang panjang meruncing.
#10 Fokus Pada Bibir!
https://www.instagram.com/p/3BEemCujPD/?taken-by=yunamusic&hl=en
Yuna adalah antara selebriti yang jarang tampil dengan solekan tebal. Dirinya lebih selesa untuk berserdahana. Yuna hanya akan memfokuskan solekan pada bibirnya menggunakan gincu rona terang.
https://www.instagram.com/p/way9qGujJF/?taken-by=yunamusic&hl=en
Merah, Merah Jambu dan Plum adalah warna gincu yang sering menghiasi air muka klasiknya!
#11 Say Yes To Denim!
https://www.instagram.com/p/6q2dYROjH-/?taken-by=yunamusic&hl=en
Denim adalah fabrik @ helaian fesyen yang tidak pernah dianggap ketinggalan zaman. Bahkan, meskipun gayanya tampak ringkas, sesiapa sahaja yang memakainya akan kelihatan stailo serta-merta apabila kena pada gaya! Ya, seperti Yuna lah!
https://www.instagram.com/p/68CztKOjOS/?taken-by=yunamusic&hl=en
#12 Cintakan Corak & Warna Terang
https://www.instagram.com/p/7PHIS6OjEP/?taken-by=yunamusic&hl=en
Jika anda mahu menjadi seperti Yuna, anda perlu bijak memanfaatkan kesinambungan corak serta warna-warna menonjol ke dalam pemakaian seharian! Jangan jemu untuk mencuba sesuatu yang eksentrik okay?
https://www.instagram.com/p/BCI20pPujEd/?taken-by=yunamusic&hl=en
#13 Kaktus Kecintaan Hati Yuna?
https://www.instagram.com/p/yLzmZ7OjO3/?taken-by=yunamusic&hl=en
https://www.instagram.com/p/rWKzvGujD0/?taken-by=yunamusic&hl=en
Yuna memang suka Kaktus! Cukup hispster tak? Kalau anda minat benar dengan Yuna, anda bolehlah menanam Kaktus sebagai tumbuhan renek di dalam rumah. Tak susah mana pun untuk menjaga Kaktus jika hendak dibandingkan dengan tumbuhan berbunga yang lain.
https://www.instagram.com/p/rWMiRiujFd/?taken-by=yunamusic&hl=en
#14 Fotografi Silhouette
https://www.instagram.com/p/m1lsRjOjJI/?taken-by=yunamusic&hl=en
Jika anda sukakan fotogrofi, anda pasti kenal dengan teknik rakaman “silhouette”. Seperti Yuna, abadikan kenangan anda kala pergi berlibur dalam foto-foto silhouette sebegini. Pasti menarik!
https://www.instagram.com/p/l2kFnyOjPr/?taken-by=yunamusic&hl=en
Pastikan latar foto lebih terang berbanding objek untuk hasil imej yang gelap seperti ini.
Selamat menjadi seperti Yuna semuanya!