Gaun atau dress dikenali sebagai salah satu item fesyen yang boleh dikenakan untuk menonjolkan sisi feminin seorang wanita. Dengan mengenakan dress, para wanita akan terlihat cantik, anggun, menawan malah penampilan yang lebih manis lagi. Bentuk dress yang dicipta pereka sendiri berubah-ubah dan salah satunya yang sedang hangat adalah trend slip dress.
Awalnya fungsi slip dress ini dipakai sebagai pakaian untuk tidur dan juga sebagai dalaman untuk dress yang nipis namun sekarang fesyennya telah berkembang sehingga ramai yang memakai slip dress ke luar rumah. Bahkan memakainya sebagai luaran dan bukan dalaman lagi. Slip dress ini sangat ringan kerana bahan yang biasa digunakan cenderung kepada bersifat silky, lembut dan jatuh seperti sutera, silk, sifon dan sebagainya.
Trend terkini adalah gabungan slip dress bersama semua jenis shirt. Teknik lapisan ini sememangnya mampu merubah kesluruhan gaya anda, malah, dipergayakan di beberapa pentas peragaan seperti Proenza Schoulder dan Valentino. Anda boleh mix n match dengan pakaian yang sedia ada, dengan sweater, baju t-shirt biasa, kemeja mahupun blouse formal.
Kalau anda ingin mengenakan slip dress, ini ada beberapa tips:
#1 Slip dress daripada bahan mewah seperti velvet atau dengan peincian embellishment memberikan penampilan yang lebih unik dan bertambah elegan. Siapa kata anda tidak boleh party di siang hari?
#2 Menggunakan teknik lapisan dengan jaket dan seluar panjang untuk slip dress dengan potongan pendek ataupun t-shirt dan kemeja.
#3 Anda boleh menjadikan slip dress sebagai busana pelbagai fungsi yang boleh dikenakan dalam pelbagai acara formal mahupun semi formal. Yang penting anda kena pandai mix n match agar penampilan tidak keterlaluan.