Jenama cecair pelembut pakaian nombor satu tanah air, Softlan kini baru sahaja memperkenalkan Softlan Ultra Pekat yang baharu! Cecair pelembut ini bukan sahaja mempunyai konsistensi yang lebih pekat, bahkan setiap satu botol yang dikeluarkan mengandungi 100% lebih haruman dalam setiap titisan. Ia menjanjikan haruman yang berkekalan.
Softlan Ultra Pekat baharu ini dibotolkan dalam dua rangkaian berbeza yang terdiri dari Paradise Sensations serta Fruity Sensations. Variasi unik ini bakal menggabungkan elemen keterujaan tropikal, kecerian, letusan semangat buat para pengguna yang menyarungkan pakaian yang ditemani haruman pelembut pakaian istimewa ini. Ia juga secara tidak langsung bisa merembeskan aura sensasi serta personaliti diri anda.
Seperti konsep yang cuba diketengahkan oleh jenama terkemuka ini, kasih sayang ibu yang tidak berbelah bahagi digunakan sebagai kayu pengukur di mana setiap titisan cecair pelembut pekat ini adalah kaya dengan haruman sensasi.
Bukan hanya sekadar cecair pelembut pakaian biasa, Softlan adalah keperluan harian yang bertepatan untuk mengeratkan silaturahim kekeluargaan yang harmoni.
Cecair pewangi pakaian Softlan Ultra Pekat baru kini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka serta kedai runcit seluruh Malaysia pada harga RM9.50 untuk botol 750ML manakala RM8.55 untuk pek isian semula 750ML. Ia juga hadir dalam pek 1.5L.