Ogos ini, jenama tersohor yang sering menaja atlet sukan terhebat alaf ini, adidas Originals tampil dengan reka bentuk kasut baharu yang lebih macho digelar NMD R1 Refelctive Pack -merupakan versi terkini dari rekaan OG NMD.
Khas untuk para penggemar sneakers, OG NMD dilengkapi struktur yang dihiasi 3 jalur melitupi bahagian sisi kasut hingga ke daerah tumit TPU. Bahkan, bahagian tapak tingginya pula diceriakan dengan rona monokrom sensasi bagi menyerlahkan gaya kemasan yang menyeluruh.
NMD R1 Refelctive Pack boleh mula didapati dari butik pengedar adidas Originals yang berlokasi di tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur pada harga RM550 sepasang. Bagaimanapun, orang ramai yang berminat dikehendaki membuat pendaftaran rasmi yang dikelolakan oleh kakitangan adidas di pintu masuk bukit Bintang (pintu masuk utama Pavilion).
Sila layari www.facebook.com/notes/adidas untuk lihat terma dan syarat.