Anda gemar menikmati makanan yang berkhasiat sekaligus bisa memberikan rasa keenakan luar biasa? Buat julung kalinya dalam pasaran Malaysia, jenama mentega dari Australia, Golden Churn tampil dengan beberapa keluaran terbaharu termasuklah mentega yang diserikan dengan rasa dan vitamin Buah Zaitun serta minyak buah Avokado. Ia bukan sahaja merupakan ciptaan luar biasa, bahkan bisa menawarkan lebih pilihan ramuan yang boleh dimanfaatkan dalam penyediaan kulinari.
Sejak 70 tahun yang lalu, Golden Churn Butter telah banyak berjasa dengan menghasilkan produk premium bermutu berlandaskan slogan “Goodness Guaranteed”.
Tidak seperti jenama sapuan yang lain, Golden churn mengutamakan penggunaan ramuan yang terpilih bahkan ia adalah tanggungjawab Golden Churn sendiri untuk memastikan produknya merangkumi elemen menyihatkan yang disertai atioksida, tidak mengandungi perasa dan pewarna titruan, kurang lemak serta kumpulan vitamin terbaik untuk menawarkan para pengguna dengan manfaat kesihatan optimum.
Bukan sekadar sapuan mentega biasa, Golden Churn Spreadable juga boleh digunakan dalam masakan berempah seperti lauk-pauk, nasi briyani, pastri, sebagai minyak untuk gorengan tohor dan lain-lain.
Anda boleh mula dapatkan Golden Churn Lighter Blend Spreadable dengan minyak zaitun asli mahupun minyak avokado pada harga RM16.22 sebekas (200g) di pasaraya-pasaraya terpilih seluruh Malaysia.