Gucci mempersembahkan Guilty Platinum Edition iaitu wangian edisi terhad yang diinspirasi dari gaya hidup urban serta jiwa romantis si jejaka Alessandro Michele, yang juga selaku Pengarah Kreatif Gucci sejak awal 2015.
Bersempena musim yang penuh keistimewaan ini, botol wangian eksklusif khas untuk lelaki ini dibaluti logam platinum bersinar, menerbitkan aura mewah wangian dari jenama tersohor, sambil ‘tetingkap’ gelas bermotifkan simbol G (logo Gucci) -menampakkan sedikit bayangan isi cecair wangian.
Tidak hanya pada botol, kotak wangian juga disisipkan dengan elemen maskulin menerusi rona hitam legam, secara tidak langsung menyerlahkan kehalusan nuansa platinum.
Selain harumannya yang bisa merembeskan cita rasa lelaki sejati, para penggemar haruman serta pengumpul botol wangian biasa melengkapkan koleksi mereka dengan Gucci Platinum Edition ini.
Kesemua rangkaian dari Gucci Platinum Edition boleh mula didapati bermula 1 Sepetember 2016. Terdapat dalam botol pilihan 50ml (RM301), 75ml (RM319) dan 90ml (RM414).