Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Dikritik ‘Seksi’ Di Minggu Fesyen KL, Izara Aishah Terima Teguran

by Afiqah Syamin
August 23, 2016
Foto -instagram/kilafairyofficial

Foto -instagram/kilafairyofficial

29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Aktres dan model Izara Aishah terpaksa memohon maaf akibat dihentam hebat sesetengah warga Malaysia yang tidak selesa dengan gambar beliau di “runway” Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 semalam.

Sesetengah peminat memberikan kata-kata kesat dan lucah terhadap beberapa coretan media sosial yang menampilkan beliau dan rakan selebriti Kilafairy mengenakan pakaian sedondon ciptaan pereka Xema Su, kerana dianggap seksi.

“Maaf kepada yang tak selesa. Saya akan pakai lebih baik di masa hadapan,” kata beliau dalam satu coretan di laman Facebook rasminya.

Foto - Instagram Hannah Delisha

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Foto - Arkib Wanista

10 Drama Melayu Popular Sepanjang Tahun 2020 Yang Ramai Orang Tonton

December 17, 2020

“Saya terima semua teguran anda. Betul juga apa yang anda kata. Maaf ya. Pengajaran diterima.”

Coretan tersebut mendapat reaksi lebih 7,800 pengguna Facebook setakat ini.

https://www.instagram.com/p/BJVQSiLDpLf/

Reaksi positif Izara walaupun berdepan dengan kecaman segelintir rakyat Malaysia diterima baik oleh peminat beliau. Berikut merupakan beberapa komen teratas:

Schuhada Ayna: Saya rasa apa yang kamu rasa, Izara. Memang sebagai gadis akan suka muat naik gambar yang kita nampak cantik. Tapi jika pada masa sama gambar tu tak manis dipandang and mendatangkan fitnah makan kita kena kuat untuk turunkan coretan itu.

IKLAN

Sham Qhar Iqa: Baiknya Izara Aishah. Bukan mudah meminta maaf. Niat yang baik berfikiran positif.

Fazrin Kamaruzaman: Ni sebab kenapa saya suka sangat dengan Izara Aishah. Sangat positif dan dapat terima teguran dengan baik.

Akulah Ahmad: Izara memang seorang yang terima teguran dan berbudi bahasa. Moga kekal berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

https://www.instagram.com/p/BJVQm5pgo14/

Izara dan Aishah mengenakan dua pakaian berwarna biru elektrik dan pic daripada koleksi Intimité‬ ciptaan Xema Su, yang diinspirasikan daripada pakaian dalam dan waktu malam wanita.

Menurut laman Facebook Su, koleksi Intimité merupakan satu ciptaan yang “beralun, lembut dan ghairah” dengan menggunakan fabrik sutera romantik, kain jarang yang menggoda, dan renda.

SUMBER

Tags: artis malaysiaberitafesyenisu semasaIzara Aishah Di KL Fashion WeekIzara Aishah SeksiKila FairyklfwrtwKLFWRTW 2016Kuala Lumpur Fashion Week 2016Minggu Fesyen KLselebriti malaysiaSelebriti Malaysia Melaram Di KLFW 2016
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.