Malaysia Airlines melancarkan jualan tempat duduk untuk meraikan fasa kedua pemulihannya dengan tambang ke London dari RM999 bermula malam ini pada 12:01.
Syarikat penerbangan itu akan menawarkan promosi dua hari dipanggil “Here, There, Everywhere” ke destinasi terpilih – kedua-dua domestik dan antarabangsa dari RM99 sehala pada Kelas Ekonomi.
Tawaran itu bermula pada 23 Ogos dan berakhir pada tengah malam pada hari Rabu.
Untuk perjalanan mulai 2 September hingga 8 Mac 2017, tetamu kini boleh menempah tiket dari Kuala Lumpur ke London dari RM999 sehala, Perth dari RM379 sehala dan Hong Kong dari RM339 sehala.
Syarikat penerbangan itu juga menawarkan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai dari RM279 sehala dan Tokyo dari RM499 sehala. Destinasi domestik ditawarkan dari RM99 sehala.
Untuk tempahan, boleh ke laman web rasmi www.malaysiaairlines.com.