Pfizer Malaysia mengumumkan komitmen mereka untuk menjalankan kempen Kidstrong untuk kali yang ke-2 dengan kerjasama Malaysian Official Design Association (MODA), Asian Strategic Alliance untuk Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) bersama rakan kongsi barunya, Sunway Pyramid Malaysia berikutan kejayaannya pada musim lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan Penyakit Pneumococcal. Penyakit pneumokokal adalah jangkitan dari bakteria pneumokokus yang mana bakteria berbahaya ini dengan senangnya oleh dijangkiti dari udara.
Kempen kali ini mengambil adiwira sebagai tema bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang bahaya penyakit jangkitan kuman yang boleh membawa maut ini. Lantas, kempen ini juga menggunakan selendang ‘cape’ sebagai simbol untuk melindungi kanak-kanak .
Salah satu misi kempen Kidstrong Phase II adalah untuk mengumpul seramai individu yang boleh demi menyebarkan mesej perlindungan keselamatan yang berguna. Sebagai inisiatif kebajikan, kempen ini turut merangkan pelan untuk menjual barangan Superhero (adiwira) berupa kain balut badan bayi serta pakaian sarung bayi kepada orang awam atas tujuan kebajikan sekaligus memberi kesedaran dan pemahaman kepada semua berkenaan penyakit ini.
Kesemua dana yang terkumpul hasil daripada jualan barang-barang berkenaan akan disumbangkan kepada Yayasan Chow Kit (YCK), iaitu sebuah badan organisasi yang bertanggungjawab mengurus dan melindung kanak-kanak terbiar di sekitar jalan Chow Kit.
Untuk pengetahuan umum, Pneumococcal telah menyebabkan lebih 900,000 kanak-kanak seluruh dunia maut. Pengambilan vaksin adalah satu-satunya cara yang paling berkesan serta mampu didapatkan untuk membekalkan kekuatan tubuh dari diserang penyakit jangkitan kuman yang bisa tersebar dari angin ini. “Kami perharap kempen ini akan terus membuka mata semua orang, terutamanya ibu bapa akan betapa pentingnya pencegahan awal penyakit Pneumococcal supaya anak-anak kesayangan bisa hidup dengan sejahtera,” jelas Datuk Dr. Zulkifli.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pfizer.com.my