Pening menguruskan urusan jual beli kereta yang kadang-kala sangat menyukarkan? Tidak lagi dengan TOOKAR!
TOOKAR bakal memberi pengalaman jual beli kereta yang paling menyamankan di mana ia merupakan platform atas talian pertama di Asia yang menawarkan pertukaran kereta secara ringkas.
Sebanyak 666,674 buah kenderaan yang terjual tahun lepas menurut sebuah hasil laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Automotive Association (MAA). Jelaslah bahawasanya, rakyat Malaysia gemar untuk membeli dan menukar kereta lama mereka secara berkala. Bahkan, dengan adanya populasi penduduk seramai 29.7 Juta, Malaysia merupakan negara kedua yang mempunyai kadar pemilikan kenderaan paling tinggi di rantau Asia selepas Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, boleh dikatakan 82% dari rakyat Malaysia memiliki ssekurang-kurang satu kereta untuk satu isi rumah. Tidak dinafikan lagi, rakyat Malaysia sememangnya gemar membeli dan menukar kereta seperti ianya item fesyen.
Namun begitu, apa yang menjadi masalahnya kini adalah membeli kereta bisa menjadi rumit sebaik sahaja urusan pembelian dan penjualan kereta memerlukan si pembeli bertemu dengan si penjualnya di beberapa lokasi jarak jauh sehingga ianya menyebabkan kesukaran untuk kedua-dua belah pihak berurusan secara teratur. Dalam masa yang sama, sukar juga untuk melakukan proses rundingan di antara kedua belah pihak.
Justeru, untuk menjimatkan masa serta menjadikan urusan pemilikan kereta idaman anda lebih menyenangkan, TOOKAR mengambil langkah utama untuk berperanan sebagai orang tengah, membantu memilih kenderaan yang bersesuaian dengan cita rasa dan kondisi kewangan seseorang. Tiada lagi masalah rumit kala melakukan proses rundingan penjualan serta pembelian kereta dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Tookar mahu menjadikan proses jual beli kenderaan sebagai sebuah pengalaman yang menyeronokkan, jauh daripada sebarang tekanan serta menjimatkan tenaga pembeli agar mereka tidak perlu melawat banyak premis pengedar semata-mata demi mencari kenderaan idaman mereka,” jelas Pengasas Tookar, Dato’ Wei Chuan Beng.
Untuk membuat tempahan kenderaan idaman, pengguna atau pembeli hanya perlu memilih jenama kenderaan, memilih kenderaan idaman mereka dari jenama automotif tersebut, menetapkan model, ciri serta fungsi seperti warna kenderaan tersebut mengikut cita rasa sekaligus memilih lokasi penyerahan di sekitar Malaysia. Mudah bukan? Yup, harga juga ada disenaraikan, jadi anda bolehlah membuat pilihan mengikut bajet.
Ayuh menempah kenderaan baru dengan TOOKAR di www.tookar.my hari ini!
Tidak ketinggalan, bersempena pelancaran TOOKAR serta sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kunjung tiba, pengguna yang membuat tempahan kenderaan akan menerima baucar membeli-belah sebanyak RM300 dari Lazada! Promosi ini sah dari 22 Ogos sehingga 16 Sepetember 2016. Tertakluk kepada terma dan syarat.