Tidak luak pun duit jika anda melabur untuk mencantikan kulit wajah. Apa kata, ketepikan sedikit belanjawan untuk membeli rangkaian penjagaan wajah yang dirumus khas untuk memperbaiki kondisi dan tekstur kulit selaian mampu memberhentikan proses penuaan.
Rangkaian produk BioDefense dari jenama kosmetik Estelle & Thild dibekalkan dengan elemen antioksidan mewah, membantu untuk memelihara keremajaan kulit.
Kita semua sedar dan sedia maklum, bahawasanya kulit kita semakin hari semakin kekurangan nutrien. Faktor penyumbang kepada masalah kekenduran serta kemunculan kedutan adalah termasuk tidak mendapat tidur yang cukup, tertekan, pencemaran udara keliling serta cara pengambilan makanan yang tidak teratur membuatkan kulit kehilangan sifatnya yang sebenar.
Amalan gaya hidup kita tentunya mencerminkan kesihatan kulit. Oleh itu, ianya mustahak untuk anda menjaga kulit sedari awal supaya masalah tidak akan berlarutan sekigus menjadi lebih parah. Cuba ubah gaya hidup dan dalam masa yang sama, gunakan produk kecantikan yang diramu dengan khasiat alam semula jadi kerana itu lebih berkesan.
Rangkaian BioDefense dicipta khas buat mereka yang berada di pertengahan 20 namun masih mahu mengekalkan keremajaan kulit untuk jangka masa panjang. Produk ini sememangnya dijana untuk memelihari kulit serta teksturnya dari diserang faktor-faktor penuaan.
Estelle & Thild BioDefense diformulasi dengan bahan yang tidak bertoksik, berkualiti tinggi serta berkesan memberi hasil untuk jangka masa panjang termasuklah minyak ros hip, ekstrak beri biru dan teh putih.
Untuk keterangan lanjut, sila layari estellethild.com. Anda boleh dapatkan produk Estelle & Thild dari cawangan dan gedung atas talian Sephora www.sephora.my/brands/estelle-and-thild seluruh Malaysia.