Buntu memikir tempat yang paling strategik untuk bawa anak dan keluarga berjalan? Tak perlu gundah! September ini bertempat di Blue Concourse Sunway Pyramid, temui watak animasi kegemaran ramai, Thomas & Friends sambil meneroka dunia baru yang digelar sebagai Island of Sodor! Anak anda pasti seronok!
Seperti kanak-kanak yang sedang membesar dan baru tahu berkawan, Thomas dan rakan-rakan kereta api yang lain bakal mengajar anak-anak anda tentang moral positif seperti erti ‘persahabatan’, ‘tanggungjawab’, ‘cara menyelesaikan masalah’ dan ‘kerja berkumpulan’. World of Sodor menampilkan latar dan elemen-elemen sebenar dunia Sador -seperti yang dilihat dalam siri Thomas & Friends di kaca televisyen.
Sungguh mengagumkan! Pengunjung berpeluang merasakan sendrii pengalaman bagaikan berada di dunia fantasi Thomas & Friends secara realistik!
“Di World of Sodor, kanak-kanak boleh melihat, mendengar dan belajar bermain secara berhemah berlandaskan pelajaran kehidupan yang disediakan. Thomas & Friends berkesan merangsang anak anda untuk mempelajari perkara serta ilmu baru yang bermanfaat untuk kehidupan mereka di masa hadapan,” jelas Pink Fong, Ketua Pemasaran, Mattel Asia Tenggara.
Anak-anak dan ibu bapa yang membeli set permainan Thomas & friends bernilai RM90 di World of Sodor sekaligus akan membawa pulang papan permainan gergasi Thomas & Friends edisi terhad! Di atas resit pembelian yang sama juga, pengujung berpeluang memenangi set trek World of Sodor yang lengkap seperti yang dipamerkan di acara tersebut. Promosi hanya sah dari 1 September hingga 31 Oktober 2016!
Dari 7 hingga 12 September pula, pengunjung yang emmbeli barangan bernilai Rm150 dan ke atas layak untuk membawa pulang set Thomas & Friends Mega Blocks! Jangan lupa kunjungi Sunway Pyramid untuk sertai penerokaan hebat di World of Sodor!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/sea.thomasandfriends