Anda gemar membeli barangan berjenama tapi tidak tahu tentang perkembangan trend fesyen semasa? Mungkin juga beg tangan jenama Hermes dan Chanel yang dijual semula oleh pemilik pertamanya jauh lebih bernilai dan mahal berbanding beg tangan yang baru dibeli dari butik.
Reebonz yang merupakan platform jualan item dan barangan mewah berjenama terbesar di Asia Tenggara kini baru sahaja melancarkan Carta Indeks Barangan Mewah (Asia Luxury Index) untuk tahun 2016. Ini adalah termasuk data pemasaran yang dicatat oleh Reebonz serta laporan industri.
Secara amnya, Carta Indeks ini akan bantu memantau dan merekod data situasi atas talian Reebonz di samping bisa mengetahui kegemaran serta trend carian pengguna.
Untuk perkembangan utama, indeks tersebut telah mendedahkan bahawa jenama Chanel adalah pilihan ramai orang diikuti jenama-jenama mewah lain seperti Burberry, Givenchy dan Prada yang berada di tangga terbawah.
“Orang ramai lebih gemar menilai sesuatu barangan melalui kualiti serta nilai eksklusiviti. Setelah sekian lama menduduki carta paling atas dalam kalangan fashionista, Chanel masih mampu mengekalkan kredibiliti jenamanya untuk memenuhi keperluan dan kemahuan peminatnya sekaligus berada di tangga paling atas dalam senarai/carta jenama mewah”, jelas Benjamin Han, Pengurus Besar Daerah Reebonz.
Meskipun begitu, dilihat terdapat sedikit perubahan pada tabiat membeli barangan mewah secara atas talian. Menurut hasil yang ditemukan Indeks, terdapat 30% pertumbuhan jualan pada kategori item yang pernah dimiliki (pre-owned).
Bukan itu sahaja, Indeks turut mendedahkan bahawa ramai pengguna di Asia lebih gemarkan beg berbanding aksesori lain seperti kasut dan barang kemas kerana 62% transaksi atas talian di Reebonz adalah merangkumi pelbagai jenis beg, diikuti jam tangan serta kasut. Tambahan, perbelanjaan pengguna ke atas pembelian jam tangan juga meningkat sebanyak 39% dan kasut sebanyak 87%.
Semakin hari, ramai individu lebih selesa beralih kepada gaya hidup beli-belah di atas talian. Pertumbuhan dapat dilihat jelas di daerah Asia tertamanya di Hong Kong serta Indonesia. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.reebonz.com.my