Bayangkan hanya dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit, pembeli akan dapat bersaing untuk hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan sempena sambutan ulang tahun pertama Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!
Bertemakan ‘Marvellous Satu Anniversary Sale’, pertandingan ini bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2016. Borang penyertaan peraduan boleh didapati di Kaunter Maklumat yang terletak di Sunshine Square. Pembeli hanya perlu melengkapkan borang, lampirkan resit asal dan menyimpannya di dalam kotak hadiah gergasi di lokasi yang sama.
Hadiah-hadiah termasuk Hadiah Utama dua (2) tiket kembali ke Tokyo dengan pelbagai baucar membeli-belah dan 65 ganjaran lain ihsan Aigner, Beauty Scents, BVO, Chateau de sable, Converse, Crocs, Hackett London, Hush Puppies, Ice Watch, Leather Avenue, Obermain, Triple, United Colors of Benetton serta Para Thai. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 11 September 2016.
“Marvellous Satu Anniversary Sale sesuai sekali dengan Jualan Mega 1Malaysia Shopping Carnival 2016. Tawaran runcit dengan diskaun lebih istimewa, masakan lazat, suasana, perkhidmatan dan kemudahan – semua telah direka untuk mewujudkan destinasi pilihan bagi pelanggan untuk membeli-belah, menjamu selera dan bersantai.”
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi yang akan datang di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, lawati laman web rasmi www.mitsuioutletparkklia.com.