Bertempat di pasaraya AEON Big Mid Valley, Nestle melancarkan rangkaian produk minuman yogurt terbaharunya Bliss Go khas untuk kesihatan dalaman kanak-kanak.
Ramai di antara ibu bapa di Malaysia yang sering meragui kesihatan dan cara pengambilan makanan anak-anak mereka. Kanak-kanak pula cenderung untuk tidak menggemari makanan berkhasiat dan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sehingga kurang mendapat sumber vitamin dan nutrien yang diperlukan badan. Oleh itu, Nestle Bliss mengambil langkah bijak untuk mewujudkn suatu produk yang bukan sahaja enak malah mudah untuk dimanfaatkan oleh kanak-kanak.
Bliss Go mengandungi pelbagai vitamin terbaik yang diperlukan untuk kelancaran pergerakan usus dalam tubuh kanak-kanak. Ini termasuklah kadar Inulin optimum iaitu sejenis prebiotik yang berfungsi sebagai penyumbang bakteria baik, disertai Vitamin C yang turut menggalakkan penyerapan zat besi dari makanan serta Kalsium untuk mempromosikan kekuatan tulang.
Secara keseluruhan, Bliss Go yang mengandungi kebaikan 3 dalam 1 ini mampu memelihara kesihatan sistem usus kanak-kanak dengan cara yang paling ringkas dan berkesan. Bahkan, ia turut boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana ia dipek sebgaai minuman kotak mini! Boleh terus diminum begitu sahaja tanpa perlu menyejukkannya terlebih dahulu seperti minuman yogurt yang lain.
Kini, tiada lagi kerisauan yang akan menghantui diri ibu dan bapa! Anak anda pasti dibekalkan dengan nutrisi penuh secara menyeluruh dari minuman Bliss Go baharu!
Bliss Go terdapat dalam dua pilihan perisa termasuklah Anggur dan Strawberi pada harga RM9.00 untuk pek 6 kotak. Untuk keterangan lanjut, sila lawat www.facebook.com/NestleBliss.