Siapa yang tidak gemar dengan helaian denim. Gayanya yang kasual membuatkan ramai yang selesa untuk menjadikannya sebagai ilham gaya seharian yang tahan lasak.
Baru-baru ini, jenama fesyen yang sering tampil dengan idea-idea eksentrik Monki mengumumkan kolaborasinya bersama kumpulan Rock Sweden Dolores Haze bagi menghasilkan koleksi yang berteraskan konsep punk dan rock era 80an dan 90an.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah koleksi sulung Monki menggunakan 100 peratus kapas organik.
Helaian rekaan yang terdiri dari jaket bersaiz besar, mom jeans, celana elastik serta beberapa baju luar yang berperincian rambu-ramba rata-ratanya memanfaatkan fabrikasi jenis denim. Sungguh versatile, Doloroes Haze turut mengetengahkan rekaan baju panas yang mempunyai cetakan bait lirik lagu mereka serta hiasan sulaman tampal yang cukup funky!
Monki nekad mengambil inspirasi dari band rock yang dianggotai oleh 4 anak gadis ini kerana mereka turut mempunyai misi yang sama seperti Monki iaitu mahu memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
Groovy Nickz, Groovy Fuck, Lucky Lollo (gitaris) dan Foxy Sagz (drummer) pernah dikenali sebagai Spice Girls versi punk yang bersifat lebih lantang. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.monki.com