Komited menyediakan sesuatu yang ringkas, sesuai untuk gaya hidup wanita moden, jenama kosmetik Korea yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia Mamonde kini memperkenalkan gincu pelembap Creamy Tint Colour Balm untuk menggalakkan keserian bibir agar tampak lebih remaja.
Terdapat dalam dua pilihan formulasi iaitu Mamonde Creamy Tint Colour Balm (Light) dan Mamonde Creamy Tint Colour Balm (Intense).
Mamonde Creamy Tint Colour Balm (Light) hadir dengan sapuan yang lebih licin, ringan serta dilengkapi tekstur berkrim. Dalam masa yang sama ia turut bisa memelihara bibir agar sentiasa lembap dan menyerlahkan keserian bibir dengan rina-rona memukau.
Ia diformulasi dengan Oil Fitting Complex Technology, pelembap bibir berwarna ini sengaja menggunakan medium berbentuk pensil agar mudah disapu mengikut bentuk bibir tanpa kesan comot. Terdapat dalam 6 warna pilihan termasuklah Light 26 (Orange Punch), Light 27 (Cherry Rose), Light 28 (Coral Juicy), Light 30 (Sparkling Rose), Light 31 (Pure Pink) dan Light 32 (Pure Coral).
Manakala Mamonde Creamy Tint Colour Balm (Intense) pula sesuai untuk wanita yang baru sahaja berjinak-jinak dengan mekap mahupun buat mereka yang gemar berdampingan dengan solekan natural bersahaja.
Fungsi 3 dalam 1 nya membekal kelempan, wrana serta gincu. sapuannya bagaikan mencair di bibir, sungguh lembut menjadikan bibir lebih mungil tanpa perlu menggenakan gincu yang berat dan pekat. Tidak ketinggalan, ia diformulasi dengan tekstur seperti gel silika untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan serta menjadikan rupa sapuan pada bibir itu lebih bersih dan menonjol.
Terdapat dalam 12 warna menarik termasuklah Intense 16 (Red Velvet), Intense 19 (Velvet Burgundy), Intense 22 (Bouquet Rosy), Intense 23 (Bouquet Orange), Intense 33 (Velvet Coral), Intense 35 (Velvet Cherry), Intense 36 (Velvet Scarlet), Intense 37 (Velvet Wine), Intense 42 (Red Kiss), Intense 45 (Red Pepper), Intense 46 (Apple Wright) and Intense 47 (My Secret).
Harga yang ditawarkan bagi setiap satu gincu pelembap pensil dari rangkaian Mamonde Creamy Tint Colour Balm adalah RM45 dan anda boleh mula mendapatkannya di kaunter Mamonde AEON 1 Utama.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY
Eh! Dengar cerita, kaunter kedua Mamonde Malaysia bakal dibuka di AEON Mid Valley 15 September ini! Yay!