Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Idea Tempat Penginapan Menarik Ketika Bercuti Di Bandung

by Afiqah Syamin
September 5, 2016
Foto -flickr.com

Foto -flickr.com

25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang tidak suka melancong? Tidak kiralah anda berlibur secara solo, dengan pasangan mahupun bersama keluarga, paling penting yang harus di kira-kirakan terlebih dahulu adalah tempat penginapan.

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Mungkin sewaktu bujang, anda tidak kisah jika anda perlu bermalam di motel atau hotel-hotel bajet yang terletak di ceruk-ceruk penjuru dunia sekalipun. Sudahlah terletak di tempat yang terasing, kelengkapan serta fasiliti yang disediakan juga bagai “hidup segan mati tak mau”. Namun, apabila telah berkahwin dan berkeluarga, anda mestilah mahu bercuti dengan selesa betul tak?

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Kawah Putih, Bandung. Foto -indonesia.tripcanvas.co

Indonesia adalah negara jiran yang kaya dengan pelbagai budaya serta adat resamnya. Selain variasi hidangan yang kena dengan tekak orang Melayu, terdapat pelbagai khazanah alam menarik untuk diterokai sewaktu anda sebagai pelancong menjejakan kaki ke sana. 

Tak Tahu Pula Tak Melancong Boleh Jejaskan Kesihatan Mental

August 27, 2020
Foto - Freepik

7 Negara Paling BEST Untuk Travel Bagi Yang Kaki Shopping

February 6, 2020

Bandung adalah ibu negara Jawa Barat dan merupakan sebuah bandar besar selepas Jakarta dan Surabaya. Untuk pengetahuan anda, Bandung turut dirujuk sebagai “Kota Paris” yang wujud di bumi Jawa. Bayangkan betapa menariknya daerah Bandung itu sendiri.

Foto -themissing-ingredient.blogspot.com
Suasana di sebuah pasar pagi daerah Bandung. Foto -themissing-ingredient.blogspot.com

Tetapi, janganlah anda terlalu berharap. Seperti yang kita tahu, dari segi kepesatan pembangunan, ia mungkin tidaklah sehebat Paris. Namun begitu, Bandung masih memelihara tinggalan nenek moyang mereka yang terdiri dari pemandangan hutan belantara asli, kecantikan flora dan fauna, gunung-ganang yang terbentang luas…pasti bakal memberi kejutan pengembaraan gastranomik kepada anda.

Oh! Bandung juga terkenal sebagai syurga membeli-belah. Senang untuk membuat tawar-menawar. Jadi, elok-elok kalau bawa ibu anda ke sini, mahu rambang mata dibuatnya nanti. Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa ramai orang Malaysia yang gemar mencari barang hantaran serta perkakas perkahwinan mereka di Bandung.

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Bentangan ladang teh di Bandung yang nun menghijau. Foto -indonesia.tripcanvas.co

Di sini, Wanista sediakan beberapa pilihan hotel dan resort menarik untuk anda diami sepanjang berada di Bandung supaya setelah mendapat kenikmatan menghirup udara segar sambil melihat keindahan alam, anda juga dapat merehatkan diri di dalam keadaan yang paling damai. Ya, seperti bercuti di negara 5 bintang pula!

#1 Asmila Boutique Hotel

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Anda mungkin akan mendengar muzik yang kuat datang dari kelab malam di sekitar kawasan hotel. Walau bagaimanapun, bilik yang disediakan sangatlah luas, dilengkapi hiasan dalaman yang cantik dan berkelas. 

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Alamat: Jalan Dr. Setiabudhi No. 54, Setiabudi, Bandung

No. Telefon: +62-22 2066 222

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: asmilahotel.com

#2 Sukajadi Hotel

h5
Foto -sukajadihotel.com

Kolam renang terletak bersebelahan restoran hotel berkenaan. 

Foto -sukajadihotel.com
Foto -sukajadihotel.com

Dekorasi di dalam bilik serta ruang legar hotel adalah bercirikan tradisional. Banyak dipengaruhi kebudayaan Indonesia. Jika anda sukakan gaya kontemporari, bolehlah bermalam di sini!

Alamat: Jalan Sukajadi 176, Sukajadi, Bandung

No. Telefon: +62-22 203 3888

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: www.sukajadihotel.com

#3 Amaroossa Hotel

Foto -amaroossahotelbandung.com
Foto -amaroossahotelbandung.com
Foto -hotels.com
Foto -hotels.com

Dilengkapi fasiliti menarik seperti kolam renang besar, kelab golf, serta pub buat mereka yang bukan beragama Islam. 

Apa yang lebih menarik, hotel ini memiliki bilik mainan khas yang menawarkan permaianan konsol seperti Xbox dan Playstation!

Untunglah buat mereka yang bercuti bersama anak-anak! Jadi, tiada masalahlah jika anda mahu meninggalkan anak-anak (12 tahun ke atas) di hotel sementara anda dan si suami beromantis di luar sambil pergi membeli-belah.

Foto -booking.com
Foto -booking.com

Alamat: Jalan Aceh #71-A, Riau, Bandung

No. Telefon: +62-22 422 2221

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: www.amaroossahotel.com

#4 Grafika Cikole

Foto -indonesia-tourism.com
Foto -indonesia-tourism.com

Untuk anda yang gemar diselubungi embun malam dan kabus pagi, ha bolehlah bermalam di sini. 

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Alami sensasi pemandangan di tengah-tengah hutan menghijau, barulah berbaloi dengan duit yang anda belanjakan! Cantik juga untuk dijadikan lokasi bergambar! Bagai berada di alam fantasi.

Foto -adventurebandung.wordpress.com
Foto -adventurebandung.wordpress.com

Tapak perkemahan serta aktiviti lasak juga ada disediakan jika anda bercuti secara berkumpulan.

Alamat: Jalan Tangkuban Perahu KM. 8, Lembang, Bandung

No. Telefon: +62-22 278 6906

IKLAN

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: grafikacikole.com

#5 Saung Gawir

Foto -indonesia.tripcanvas.co
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Mencari ketenangan di gunung-ganang? Penulis cadangkan anda bermalam di Saung Gawir ini. Siap ada ladang strawberi lagi tu! Al-maklumlah, di kawasan tanah tinggi. Tanahnya memang subur untuk dijadikan ladang bercucuk tanam.

Foto -Saung Gawir, Liusi Wijaya, Tsonze
Foto -Saung Gawir, Liusi Wijaya, Tsonze

Rumah tumpangan kecil seperti chalet ini dibina berilhamkan seni bina rumah tradisi asli orang Jawa. Jadi, anda bolehlah berangan-angan jadi orang Jawa okay? 

Foto -tempatwisatadibandung.info
Foto -tempatwisatadibandung.info

Selain itu, restoran di tempat penginapan ini juga menyediakan makanan kampung ala Jawa yang enak-enak! Yum!

Alamat: Jalan Raya Ciwidey – Rancabali KM. 05 – Alam Endah, Ciwidey, Bandung

No. Telefon: +62 8122 113 3664

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: –

#6 GH. Universal Hotel

Foto -google
Foto -google

Impikan pengalaman bercuti di dua benua dalam satu-satu masa? Ayuh ke GH Universal Hotel. Seni bina hotel yang diinspirasi dari cita rasa Eropah sememangnya menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara!

Foto -agoda.com
Foto -agoda.com

Alang-alang menikmati makanan Asia yang kaya dengan rasa rempah-ratus sambil dikelilingi gunang-ganang yang cukup mengasyikan, tidak salah untuk anda bermalam di kamar beradu yang penuh dengan dekorasi mewah.

Foto -agoda.com
Foto -agoda.com

Alamat: Jl. Setiabudi 376, Setiabudi, Bandung, Indonesia 40143

No. Telefon: +62 22 2010388

Bajet: Bawah RM250 / malam

Laman Sesawang: ghuniversal.com

 

#7 Noor Hotel

Bagai melangkah masuk ke istana di atas awan, Noor Hotel adalah hotel butik yang menggunakan warna putih dan biru sebagai rona utama konsep hiasan dalaman mereka.

Foto -google
Foto -google

Sungguh mendamaikan, anda pasti teruja melihat tata rias hotel ini yang turut disisipkan dengan gaya islamik tersendiri.

Foto -agoda.com
Foto -agoda.com

Lebih menarik, bilik-biliknya juga dibekalkan dengan kelengkapan solat seperti telekung dan tasbih khas buat para tetamu muslim yang menginap!

Foto -google
Foto -google

Alamat: Jl. Madura No.6, Citarum, Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia.

No. Telefon: +62 22 4242010

Bajet: Bawah RM250 / malam

Laman Sesawang: www.noorhotels.com

#8 Stevie G Hotel

19919859893_5e05ea3c47_b
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Mungkin ini adalah hotel butik yang paling aneh dan unik di Bandung!

111
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Setiap satu bilik dihias dengan cara yang tersendiri berkonsepkan pop art! Cantik sangat! Buat anda yang berjiwa remaja ala hipster tu bolehkah cuba menginap di sini!

222
Foto -indonesia.tripcanvas.co

Alamat: Jl. Sersan Bajuri No. 72 Isola Sukasari Bandung Jawa Barat, 40154

No. Telefon: +62222788465

Bajet: Bawah RM200 / malam

Laman Sesawang: stevieghotelbandung.com

Foto -sukajadihotel.com
Foto -sukajadihotel.com

Selamat bercuti ke Bandung semuanya!

Tags: BandungBandung IndonesiaBercuti Bersama KeluargaBerliburbulan maduHotel Murah Di BandungHotel Terbaik Di BandungkembaraMelancongMelancong Ke IndonesiaTips Bercuti Di Bandungtravel
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.