Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele mengumumkan duta terbaharu minyak wangi Gucci Guilty secara rasminya milik aktor kacak dan seksi Jared Leto. Gucci Guilty wangian dari bau-bauan Limau Mandarin, Pic, Bunga Lilac dan Lada Merah Jambu telah menjadi ‘best-selling’ minyak wangi pada Disember lalu. Haruman ini memberi identiti seksi, kuat dan berani kepada sang pemakai.
Dengan bertemakan #GuiltyNotGuilty, Gucci mengetengahkan konsep ekspresi diri dan seksualiti didalam kempen terbaru. Iklan adegan panas berdurasi 30 saat gandingan Jared Leto bersama model Julia Hafstrom dan Vera Van Erp memberi maksud sebenar tema wangian mewah ini.
Dapatkan Gucci Guilty di butik Gucci atau di outlet kecantikan berhampiran anda.
#GuiltyNotGuilty
#GucciGuilty