Annyeonghaseyo! Siapa nak bercuti ke negara Kimchi pada musim sejuk ini? Hah ini berita paling best untuk anda!
CJ WOW SHOP, sebuah rangkaian televisyen membeli-belah di rumah inovatif milik Media Prima yang mengintegrasikan televisyen dengan platform talian dan mudah-alih, telah memperkenalkan satu ‘produk’ baru kepada pengguna – pakej percutian ski 5 hari 4 malam ke taman premium Vivaldi Park di wilayah Ganwon di Korea.
Dikenali sebagai Perayaan Musim Sejuk-K VIVA, pakej percutian baru ini merupakan yang pertama pernah ditawarkan oleh sebuah rangkaian TV membeli-belah rumah di Malaysia, dan ianya hanya berharga RM2,400 setiap seorang dewasa / RM1,200 untuk setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Pakej pelancongan eksklusif ini merangkumi bukan sahaja perkhidmatan ulang-alik shuttle ke hotel, makanan halal, penginapan dan kemudahan penginapan di hotel Daemyung Resort yang mewah, ia juga termasuk tunjuk-ajar cara-cara untuk berski dan penyewaan pakaian ski, serta aktiviti-aktiviti menunggang kuda, lawatan-lawatan ke taman tema air tertutup dan rumah mandi awam berskala besar atau Jjimjilbang, serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan budaya Korea, dan juga persinggahan selama dua hari di Seoul City.
Selain itu, Daemyung Resort juga akan membuka gerai mereka sendiri di MATTA Fair (2-4 September di PWTC Kuala Lumpur), tapi akan menawarkan pakej yang lebih mahal iaitu RM2,700 untuk dewasa, berbanding pakej ekslusif CJ WOW SHOP ini, yang hanya berharga RM2,400 untuk seorang dewasa, hanya untuk pelanggan-pelanggan CJ WOW SHOP.
Penonton juga boleh menonton program khas CJ WOW SHOP: Perayaan Musim Sejuk-K VIVA bermula Jumaat, 2 September, 2016. Program yang dihoskan oleh Zaim Helmi Zaini dan Raja Azureen Eleena ini akan ke udara pada slot masa seperti berikut: di TV3: 6 pagi – 7 pagi; di TV9: 10 pagi – 12 tengahari dan 12.30 tengahari – 4 petang; ntv7: 6 pagi – 1 petang dan di 8TV: 6 pagi – 9 pagi.