Lakonan Zahiril Adzim dalam Filem Pekak telah mendambat hati juri, malah skrip Filem Pekak hasil garapan pengarahnya sendiri Mohd Khairul Azri Md Noor pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik di International Motivational Film Festival – Bridge of Arts 2016 (IMF) yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia pada 24 hingga 28 Ogos lalu.
Tayangan sudah pun bermula pada 1 September 2016 baru-baru ini. Filem yang berkisarkan seorang pemuda cacat pendengaran bernama Uda, yang terjebak dengan jenayah pengedaran dadah. Uda lakonan Zahiril melakukan jenayah itu kerana mahu menampung kos pembedahan memulihkan pendengarannya. Dalam pada itu, Uda bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada kongkongan bapanya.
Selain Zahiril, filem ini turut menampilkan Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra dan ramai lagi. Wanista kongsikan dengan anda trailer filem ini.
Jangan lupa untuk ke pawagam berhampiran anda untuk menonton dan sekalung tahniah diucapkan kepada Zahiril Adzim dan Filem Pekak diatas kemenangan besar !