Seperti yang kita tahu, Aloe Vera atau lidah buaya adalah tumbuhan berlendir yang banyak manfaatnya terhadap kecantikan dan kesihatan manusia. Di sini Wanista kongsikan beberapa jenis resepi kecantikan ringkas untuk semua.
#1 Sapuan Muka
Menggabungkan bahan semula jadi termasuklah aloe vera, jus lemon serta madu. Lendir aloe vera dan jus lemon kedua-duanya kaya dengan vitamin terbaik untuk kulit selian lemon itu sendiri berkesan sebagai elemen pengelupasan yang akan menyah sel kulit mati manakala aloe vera bertindak untuk menyejukan kulit. Ia juga akan bantu memudarkan tompok hitam (pigmentasi) serta parut jerawat. Yay!
#2 Mask Rambut & Kulit Kepala
Jika kulit kepala kering dan gatal, elemen penyejukan yang ada di dalam aloe vera pasti membantu. Ia juga berkesan mengurangkan iritasi pada kulit kepala jika anda merupakan individu yang sering mewarna rambut. Untuk hasil sempurna, ambil 1/2 cawan gel aloe vera (lendir) dan campurkannya bersama 1 sudu besar santan.
#3 Serum Memanjangkan Bulu Mata
Tidak hanya baik untuk kulit wajah, aloe vera turut bermanfaat untuk bulu mata. Hanya guna dua bahan: Campurkan aloe vera bersama minyak kastor untuk dijadikan perapi bulu mata. Hasilnya bulu mata akan jadi lebih lebat dan panjang!
#4 Pembersih Solekan
Cecair pembersih solekan lain mungkin terlalu lembut, sukar menanggal sisa mekap secara rapi sehingga anda perlu menyental kuat pada kulit yang kemudian menjadikan kulit berkedut dan kendur.
Oleh itu, ramu pembersih solekan anda sendiri menggunakan aloe vera, minyak pati lemon, minyak jojoba serta witch hazel (jika ada).
#5 Topeng Mata Lobak Merah & Aloe Vera
Anda sering terlupa bahawa kawasan sekitar mata juga harus dijaga rapi. Lobak merah baik untuk kulit serta kesihatan mata manakala aloe vera bisa membekalkan khasiat optimum untuk bahagian kulit mata yg sememangnya nipis dan sensitif. Campur dan lumatkan kedua-dua bahan untuk dijadikan mask mata.
#6 Semburan Untuk Rambut Kusut
Ketika musim panas terutamanya, rambut mudah rosak, kering, mengerbang dan kusut. Oleh itu, campurkan lendir aloe vera bersama sedikit air ke dalam botol semburan mini dan semburkannya pada bila-bila masa yang diperlukan. Kini rambut anda lebih terurus dan lembab sentiasa.
#7 Krim Pencukur
Mencukur kadang-kala menjadikan kulit kasar, berbintat dan gatal-gatal kerana tindak balas iritasi. Campurkan minyak kelapa, lendir aloe vera dan sedikit minyak pati bunga-bungaan (jika mahu sedikit haruman) dan gunakannya sebagai krim pencukur yang akan melancarkan proses mencukur pada bahagian badan anda. Lelaki pun boleh gunakannya!