Menjadi rakyat Malaysia anda tidak perlu risau untuk mengambil cuti panjang, kalendar negara sentiasa penuh dengan cuti perayaan. Sudah pasti ramai yang menyediakan itinerari percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi bagi yang belum lagi, usah khuatir, Wanista senaraikan 5 top destinasi pilihan dari Hotel.com yang memudahkan anda untuk menikmati percutian!
Langkawi
Jika anda mencari percutian untuk melakukan aktiviti adventure atau hanya rileks membaca novel sambil ditemani bayu tiupan angin laut. Ya, Langkawi jawapannya! Terdapat 4 buah hotel yang dianugerahkan sebagai Best for Beach di anual Loved by Guests Awards. Anda boleh menginap diantara The Datai, The Danna, Casa Del Mar atau Ambong Ambong. Bonus untuk anda yang gemar membeli-belah tapi masih ingin menjaga bajet, di Langkawi kedai bebas cukai ada dimana-mana. Hanya perlu fikir nak belikan apa untuk Mak Long, Pak Ngah, Ayah De dan yang lain-lain.
Sabah
Percutian di Sabah seringkali dikaitkan dengan Gunung Kinabalu dan Kundasangan. Alah, cliche sangat! Apakata kali ini anda ke Gaya Street di Kota Kinabalu. Pelbagai barangan antik dan cenderamata boleh didapati disana. Masa ini juga anda boleh teroka dan mencuba makanan tradisi masyarakat Sabah yang berbilang kaum. Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa pilihan terbaik bagi yang ingin berehat di hotel yang jauh dari hiruk-pikuk bandaraya. Mereka menyediakan bilik private terrace dengan tab mandi berada diluar bilik dan anda boleh menghayati pemandangan indah Gunung Kinabalu bila berada di rumah kelab resort. Honeymoon mood on!
Cameron Highlands
Menghirup udara segar, berpakaian tebal, menikmati teh panas disamping strawberi celup coklat siapa yang tak nak kan? Hotel The Lakehouse akan menjanjikan pengalaman percutian ala Eropah di Cameron Highlands dengan rekabentuk bangunan yang berasal dari era Kolonial. Dengan skor 4.5 dari 5 dari tetamu, hotel ini juga berhampiran dengan dua tarikan pelancong iaitu Ladang Teh Cameron Barat dan Air Terjun Parit.
Pulau Pinang
Asam Laksa, Nasi Kandar, Chow Kueh Teow, Cendol, Ais Kepal dan banyak lagi ! Yes, senarai makanan yang anda boleh dapat di sekitar bandar ini. Bukan sahaja istimewa dengan sajian makanan Malaysia, Pulau Pinang juga unik dengan budaya masyarakat Peranakan atau lebih dikenali sebagai Baba-Nyonya. Hotel Seven Terraces, sebuah hotel butik mewah yang diambil dari barisan bangunan lama Anglo-Chinese. Percutian kali ini membawa anda ke zaman yang berbeza, menginap di sebuah hotel yang kaya dengan sejarah dan budaya.
Kuala Lumpur
Pasti ramai yang belum berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Simpan kunci kereta anda di rumah, bersedia untuk meneroka ibu negara Malaysia tercinta dengan berjalan kaki. Usah risau ! Check-in sahaja di Hotel Traders Kuala Lumpur . Hotel ini menerima penghormatan sebagai Best for Luxury daripada Loved by Guests Awards. Berada ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur akses mudah ke tempat menarik seperti Aquaria KLCC, Dataran Merdeka dan menawarkan sky-view Menara Berkembar Petronas di tingkat 33.
Tidak kira dimana destinasi anda, pilihan hotel adalah yang paling penting untuk keselesaan anda setelah penat berjalan. Di Hotels.com, anda pasti dapat mencari hotel yang memenuhi keperluan dan gaya percutian. Lebih seribu hotel boleh ditempah secara online melalui Hotels.com atau hanya muat turun aplikasi Hotels.com di IOS, Android dan Amazon Kindles.
Wanista dan Hotels.com mengucapkan selamat bercuti buat pembaca!