Frenemy. Terseksanya kalau ada rakan yang suka berpura-pura, selalu menyakitkan hati dan sering kali buat kita rasa berasa sedih. Wanista ingin bantu anda untuk mengelakkan diri dalam semua ‘drama’ rakan-baik-musuh. Jom mulakan dengan tips ringkas yang kami sediakan.
- Cari rakan baru
Mulakan langkah pertama dengan bersosial, cuba cari persamaan anda dengan orang baru yang jumpa. Pasti ramai lagi orang yang menyenangkan untuk dijadikan sahabat. Jika sudah ada sesuai, cukup dahulu dengan menjadi teman gim atau berkongsi tips solekan sebelum anda declare sahabat baik anda yang baru. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.
- Jangan call atau whatsapp
Kenapa anda mahu menghubungi dia pula ? Ini akan memanjangkan lagi hubungan ‘persahabatan’. Berhenti melakukan dari sebarang contact, biar dia yang mencari anda jika sebaliknya anda selamat. Senang bukan ?
- Unfriend, Unfollow
Facebook dan Instagram sudah memberi pilihan pada anda sama ada teruskan berkawan atau tidak. Tekan sahaja butang unfriend, unfollow bagi menyelamatkan diri anda dari selalu di stalk. Siapa tidak sakit hati, setiap status Facebook ada sahaja komen sinis darinya.
- Bersedia untuk jujur
Pasti ‘rakan baik’ anda akan mempersoalkan kenapa anda bertindak menjauhkan diri. Jawablah dengan jujur yang anda ingin bersikap matang dan tidak mahu lagi bersama sebarang perkara-perkara negatif.
- Tidak perlu menjaja cerita
Jangan sesekali bergossip perkara ini dengan rakan lain. Jika ditanya, anda boleh menjawab dengan alasan masing-masing semakin sibuk dengan urusan kerja atau beritahu sahaja yang anda tidak mahu berbicara mengenai ini. Ianya tidak memberi apa-apa kebaikan pun, baik berdiam diri.
Anda tidak salah untuk menjadi yang pertama untuk lari. Terima sahaja lumrah manusia yang inginkan kebahagiaan dan kesenangan tak kira didalam mana situasi lagi kan dalam persahabatan. Mempunyai sahabat yang baik dan sekepala boleh dijadikan tempat melepaskan stress bukan menambah stress!