Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone terbaharu dan mengeluarkan jam tangan pintar dalam usaha mengemaskini produk dari syarikat gergasi itu. Reka bentuk yang lebih nipis dan sofistikated serta permukaan yang kalis air merupakan siri baharu produk mereka.
Tumpuan peminat iPhone lebih kepada ciri-ciri utama iPhone 7 berskrin 4.7 inci ini termasuk cip pemproses A10 yang lebih efisyen, kamera sofistikated dan butang ‘home’ peka tekanan (pressure sensitive). Berskrin 5.5 inci, iPhone 7 Plus dilengkapi dengan teknologi dwi-kamera sama seperti yang diperkenalkan oleh LG dan Huawei sebelum ini.
Di samping itu, terbaharu dari mereka ialah peranti audio tanpa wayar buatan Beats iaitu AirPods. Setiap pembelian AirPods akan menerima Lightning Port dan adapter supaya boleh digunakan juga kepada siri iPhone yang lain.
Seiring dengan trend jam pintar, Apple tidak ketinggalan mengeluarkan Apple Watch 2 yang dilengkapi teknologi GPS, pemproses lebih pantas dan bateri yang tahan lebih lama. Bagi pemain tegar Pokemon Go, anda boleh menangkap Pokemon dengan menggunakan Apple Watch. Aplikasi permainan tersebut secara eksklusif boleh didapati di Apple Watch app.
Peminat Apple di seluruh dunia menyaksikan kemeriahan pelancaran iPhone 7 di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 1 pagi (waktu Malaysia) di laman web rasmi apple.com melalui pelayar Safari. Anda boleh menonton video dibawah untuk mengetahui lebih jelas features yang terdapat di siri Iphone 7.
https://www.youtube.com/watch?v=EvuRP2uRtQM
Untuk pengetahuan terkini, Harga iPhone 7 bermula daripada USD649 dengan storan 32GB dan iPhone 7 Plus pula bermula daripada USD769 di Amerika.