Anda kagum melihat koleksi gambar yang penulis kongsikan ini? Rasanya mesti kerja tangan individu profesional? Tidak sama sekali kerana ini merupakan hasil kerja remaja lelaki 16 tahun.
Empunya diri, Jannik Obenhoff hanya berusia 16 tahun tetapi bakat yang dimilikinya cukup mengagumkan semua, tinggal di Jerman, sebuah negara yang kaya dengan hutan yang subur, puncak gunung berkabus serta tasik yang biru. Remaja muda mencintai aktiviti luar dan mula mengambil gambar di usia 13 tahun yang pada awalnya hanyalah sekadar hobi biasa sahaja namun kini lagaknya persis jurugambar profesional. What a talent!
Bila ada kelapangan, Jannik suka menjelajahi Jerman dengan mengambil gambar landskap dan berkongsi dengan pengikutnya yang sudah mencecah angka 220K di Instagram peribadi.
“Jika anda tidak keluar dan meneroka, anda tidak akan dapat melihat bagaimana cantiknya keindahan alam semula jadi,” jelas Jannik bijak berkata-kata di Instagram.
Anda boleh melihat sendiri di Instagramnya – @jannikobenhoff