Kini, sebuah lagi lagu dendangan ratu Dangdut tanah air, Amelina diabadikan dalam kersi karaoke. Pihak terbitan Wake The Baby Records dan Warner Music Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pusat karaoke terkemuka iaitu Neway bagi melancarkan video muzik Cinta Harus Seksi versi karaoke baru-baru ini.
Lagu Cinta Harus Seksi yang berbunyi ‘nakal’ ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dan lirik sepenuhnya oleh saudara Roslen. Ia merupakan single kedua yang berjaya dicapai Amelina setelah mula melakukan ‘comeback’dalam industri seni Malaysia pada Disember 2014 lepas.
Amelina mengaku dirinya berasa sedikit kekok dan gementar setelah 15 tahun tidak pernah berhadapan dengan kamera produksi. Untuk pengetahuan anda, rakaman video muzik Cinta Harus Seksi beroperasi di sebuah rumah mewah kawasan Jakarta Pusat, Indonesia.
Dalam video muzik yang berdursi selama 3 minit 32 saat itu, Amelina digandingkan bersama seorang jejaka tampan yang membawa watak sebagai seorang raja sambil dikelilingi dayang-dayang istana sebagai penari latar nyanyiannya. Klip video ini mendapat sentuhan sutradara Julian Kubik.
Anda yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pusat karaoke cawangan Newey di seluruh Malaysia untuk berhibur sekaligus mendendangkan Cinta Harus Seksi, lagu dangdut yang kian kembali menyeri industri muzik tanah air.
Tonton Video Muzik Cinta Harus Seksi