Sudah menjadi lumrah masyarakat moden masa kini yang tidak boleh lekang dari gajet elektronik terutama telefon pintar.
Tahukah anda bahawa telefon bimbit bisa meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser? Ayuh Wanista jelaskan mengapa.
#1 Tidur Dengan Telefon Pintar
Jangan tak mengaku, ramai yang berdampingan dengan telefon bimbit ketika tidur. Lebih-lebih lagi anak dara dan anak teruna yang sedang dilamun cinta tu, bergayut sampai tak ingat dunia lepas tu tertidur. Bahaya!
Telefon pintar akan mengeluarkan gelombang elektromagnetik apabila ia dihidupkan. Bermaksud, tidur sambil telefon pintar anda itu berada di sisi akan membuatkan diri anda terdedah sepenuhnya kepada gelombang radiasi tersebut.
Apa yang bisa anda lakukan, pastikan telefon anda berada pada mod kapal terbang (halang daripada menerima sebarang panggilan) atau matikan sahaja telefon anda. Jika anda takut terdapat hal-hal kecemasan, sila letakkan telefon anda beberapa kaki jauh dari tubuh ketika tidur.
#2 Membawa Telefon Pintar Terlalu Dekat Dengan Tubuh
Poket dan bra memang tempat yang strategik untuk menyimpan telefon pintar namun, Dr. Davis menasihatkan supaya anda menjauhkan diri dari telefon pintar kerana badan bisa menyerap isyarat serta radiasi dari telefon pintar dengan lebih cepat.
Jadi, elakkan kulit anda melekap pada telefon bimbit. Anda boleh guna earphone ketika menjawab panggilan atau menyimpan dan membawa telefon di dalam beg tangan.
#3 Membiarkan Kanak-Kanak Menggunakan Telefon Pintar
Ibu bapa seharusnya menghalang anak kecil mereka dari menjawab telefon secara normal. (memegang telefon dekat dengan sisi kepala dan teliga)
Tengkorak kanak-kanak terutamanya masih lembut dan nipis. Bahkan, otak dan neuron mereka juga sedang ligat berhubung. Tengkorak kanak-kanak tidak dapat menghalang penembusan radiasi telefon bimbit. Oleh itu, jika perlu, galak anak-anak untuk gunakan sambungan earphone sahaja asalkan bukan menerima panggilan secara normal kerana radiasi akan dibebaskan -bahaya untuk kanak-kanak.
#4 Menggunakan Telefon Ketika Kekurangan Isyarat (line)
Semakin kurang isyarat yang dipapar pada bar telefon pintar anda, semakin kuat signal yang diperlukan dan semakin tinggi radiasi yang akan dilepaskan. Oleh itu, jangan guna telefon pintar jetika isyarat atau line telefon sedang lemah atau jika terdesak, gunakan sambungan alat bantuan earphone. Okay?
#5 Terdedah Pada Bahagian Belakang Telefon Pintar
Telefon pintar akan mengeluarkan radiasi lebih banyak melalui bahagian belakang badan telefon. Jadi, jika anda memegang telefon secara bahagian belakangnya menghadap ke arah anda, anda sebenarnya akan menerima radiasi yang lebih banyak.
#6 Berbual Terlalu Lama
Lebih lama anda berbual di telefon, lebih banyak radiasi yang akan diserap oleh tubuh. Jika anda mahu berbual panjang seeloknya anda menggunakan telefon rumah sahaja. Elak gunakan telefon pintar okay?
#7 Lupa Untuk Bertukar Arah
Kawal radiasi yang akan diserap oleh otak anda ketika berbual di telefon.
Jangan lupa untuk menukar sisi secara bergilir-gilir antara telinga bahagian kiri dan kanan. Bahkan, ketika anda mula-mula mendial untuk membuat panggilan, jauhkan telefon dari telinga anda. Tunggu sehingga orang yang anda panggil itu menjawab dahulu dan barulah meletakkannya di telinga.
Radiasi lebih banyak dikeluarkan saat sambungan penggilan dibuat sebelum orang yang satu lagi menjawab panggilan tersebut.
#8 Malas Menaip Mesej?
Mulai dari hari ini, lebihkan bermesej daripada membuat panggilan kerana ia dapat menghadkan pembebasan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
Selamat beramal!