Reshma Qureshi, 19 tahun mangsa serangan simbah asid yang dilakukan oleh abang iparnya sendiri. Dia terselamat tetapi kehilangan hampir separuh mukanya dan penghilatan sebelah kiri. Pada Ogos yang lalu, badan NGO Make Love Not Scars merisik Reshma untuk memperagakan koleksi pereka fesyen India Archana Kochhar di New York Fashion Week. Reshma melahirkan rasa terharu dan menitis air mata ketika diberitahu. Anda boleh lihat sendiri video reaksi Reshma dibawah.
Ketika di dalam keadaan kritikal Reshma menjalani pembedahan muka dari bantuan organisasi Make Love Not Scars. Sebuah badan NGO yang melancarkan tabung sumbangan IndieGoGo bagi menyediakan sokongan kewangan untuk kos pembedahan yang akan dijalani oleh mangsa asid. Rekod kes simbah asid di India dan Bangladesh amat tinggi, pada tahun 1999 hingga 2013 hampir 3,512 orang menjadi mangsa.
“Ini kali pertama saya berada di New York dan saya sangat teruja” Reshma memberitahu The Independent. “Saya fikir amat penting untuk orang ramai mendengar kisah mangsa-mangsa asid dan tahu mereka boleh hidup normal seperti orang lain”
Sikap yakin dan tidak pernah putus asa boleh diambil contoh dari Reshma Qureshi. Wanista percaya pembaca juga berasa inspired dari kisah ini. Sama-sama lah kita memberi sokongan kepada mereka yang bernasib malang akibat kecuaian orang lain. U go girl !
Berjalan di pentas peragaan memerlukan keberanian, Reshma Qureshi lakukan dengan baik sekali.
Tangan di pinggang seolah Reshma memberitahu dia tidak akan pernah mengalah untuk teruskan hidup.
Senyuman seperti ini lah yang kita mahu. Terus berjuang Reshma!
Percaya atau tidak, Reshma juga seorang Beauty Vlogger, ikuti tips untuk mengayakan gincu warna merah yang sempurna dari Reshma. Jom tonton!