Atlet olahraga negara, Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio sebentar tadi, mendapat hadiah penerbangan percuma seumur hidup daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.
Pengumuman itu dibuat oleh Fernandes sendiri menerusi akaun Twitter miliknya sejurus selepas atlet berusia 19 tahun dari Beseri, Perlis itu memenangi pingat berkenaan di Rio de Janeiro.
“3rd gold. And a word record. Well done latif. You have free flights for life (Emas ketiga. Dan rekod dunia. Syabas latif. Anda mendapat penerbangan percuma seumur hidup).
Fernandes adalah individu pertama yang mengumumkan pemberian hadiah kepada Abdul Latif sejurus kemenangan atlet negara itu bagi acara T20 lompat jauh lelaki (masalah pembelajaran).