Percutian yang hebat tidak semestinya perlu terbang ke luar negara. Ada sesetengah orang mengalami fobia dengan ketinggian dan cenderung takut untuk menaiki kapal terbang. Serta ada juga yang ingin menjaga bajet untuk bercuti di dalam negara. Tapi bosan bukan bila bercuti dengan gaya yang sama, kebiasaannya menghabiskan masa bersantai di kolam renang tidakpun bersiar-siar di pantai.
Jom kita beri kelainan sedikit bagi percutian akan datang. Nah 10 idea percutian yang mungkin anda tak pernah terfikir selama ini!
- Berkhemah
Masa ini lah anda boleh tunjukkan skill memasang khemah dan membuat unggun api. Gunakan peluang ini untuk menghayati alam semulajadi sambil berehat didalam khemah selesa anda. Anda boleh guna lokasi seperti tapak perkhemahan di Taman Negara yang mempunyai fasiliti memudahkan aktiviti perkhemahan.
- Percutian Berbasikal
Percutian berbasikal atau Bike Tourism telah diperkenalkan didalam negara sejak 2011. Anda boleh pilih pakej yang disediakan lengkap dengan basikal serta aksesori, penginapan dan cycling guide. Bergantung kepada tahap fitness dan pengalaman, tetapkan matlamat mengayuh 15 hingga 25 km sehari supaya anda boleh melawat dan relaks semasa sampai di destinasi.
- City Breaks
Jelajah bandar anda sendiri! Mungkin masih ada lagi tempat-tempat menarik yang belum anda kunjungi. Selain itu anda boleh senaraikan karnival atau aktiviti yang dijalankan disekiling bandar yang anda tinggal. Mula bersosial dan berkenalan dengan orang yang baru anda temui.
- Bercuti di Taman Tema
Seronok dan ‘gila’. Yes, percutian di taman tema tidak akan bosan, di Malaysia sahaja sudah mempunyai lebih dari 10 taman tema. Pilih sahaja permainan yang mana anda hendak main roller-coaster, rumah hantu atau permainan air. Menginap sahaja di hotel yang disediakan, anda tidak perlu susah mencari tawaran hotel beserta tiket masuk.
- Muzium dan Galeri
Lawatan ke muzium dan galeri kedengaran agak janggal bukan untuk dimasukkan di dalam list holiday? Tidak salah menambah ilmu lagi lagi berkenaan sejarah dan seni. Sekarang banyak muzium dan galeri menawarkan bengkel atau acara untuk dilakukan bersama keluarga dan rakan. Pasti banyak pengetahuan baru yang anda dapat sepanjang percutian.
- Keretapi Tour
Dari utara ke selatan negara kita mempunyai destinasi top untuk dilawati dengan menggunakan keretapi. Pemandangan perjalanan dengan keretapi menjanjikan kelainan dengan kehijaunan sawah padi, ladang kepala sawit yang cantik tersusun serta kawasan kampung yang mendamaikan. Anda boleh merancang perjalanan dengan menyediakan itinerari berbeza mengikut jadual keretapi.
- Aktiviti Lasak
Penuhi hari cuti anda dengan mencabar fizikal dan mental mencuba sesuatu yang baru dan lasak seperti rock climbing, water rafting, jungle tracking dan banyak lagi. Pastikan anda sudah bersedia dan pergi bersama dengan rakan yang lain sebagai saksi yang anda pernah melalukan semua aktiviti ini.
- Percutian Weight Loss atau Fitness
Lain macam pula idea percutian ini, kebanyakan orang menambah berat badan ketika bercuti. Bagi anda yang berazam untuk menurunkan badan atau meningkatkan stamina, ambil peluang semasa bercuti. Hadiri mana-mana kelas yang menawarkan senaman atau aerobik untuk mengurangkan berat badan. Pasti anda bangga apabila rakan pejabat menegur anda kelihatan lebih langsing selepas pulang dari percutian.
- Percutian Spa
Tidak perlu fly ke Bali atau Krabi untuk mendapat urutan relaxation yang mengasyikan. Buat sahaja tempahan di pusat spa atau di hotel yang menawarkan tawaran spa berserta penginapan ala mewah. Spa bukan sahaja untuk urutan badan, anda juga boleh menaikkan seri wajah dengan pakej penjagaan dan urutan wajah. Orang balik bercuti muka sunburn, anda pulak sebaliknya. Bertuah badan!
- Menaiki Kapal Cruise
Banyak perkara dan aktiviti yang dijalankan di atas kapal cruise. Jika anda mempunyai masa percutian yang singkat, pelayaran cruise amat sesuai ianya umpama resort bergerak, dan tiba di destinasi menarik yang boleh anda lawati. Pilih sahaja pakej yang bersesuaian dengan bajet dan masa anda.
Banyak bukan pilihan yang Wanista beri pada anda yang bercuti tanpa menaiki kapal terbang. Tunggu apa lagi sediakan pen dan buku untuk lengkapkan itinerari percutian dan mula untuk savings!