Sebuah acara lumba lari jarak jauh HSN21KM akan diadalah bersempena Hari Sukan Negara pada 8 Oktober ini bertujuan untuk mengumpul para pelari dari seluruh generasi untuk turut serta dalam berkongsi inspirasi sambil mencabar diri sesama sendiri demi mencapai kejayaan yang tertinggi selain menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
HSN21KM dilancarkan oleh Menteri Belia & Sukan negara, YB Khairy Jamaluddin bersama Presiden Muse Group Asia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin merangkap penganjur dan peneraju acara terhebat ini.
Bakal diadakan di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, HSN21KM berjaya mendapat lebih 6,000 penyertaan dan berharap angka itu akan terus meningkat serta mendapat sambutan dari seluruh rakyat Malaysia berikutan kejayaan Hari Sukan Negara pada tahun lalu yang amat memberangsangkan.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan termasuklah 21km, 10km dan 5km. Acara larian 5km dicipta khas sebagai acara larian berhalangan di Padanag Merbok yang boleh disertai ahli keluarga serta individu yang kurang upaya mahupun berkerusi roda.
Dataran Merdeka akan menjadi lokasi untuk acara larian 21km yang harus melepasi beberapa mercu tanda kebangaan negara seperti Bukit Tunku, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi. Manakala acara 10km dijangka mendapat penyertaan paling ramai yang mengambil tempat di Jalan Raja Laut sekaligus turut menembusi beberapa mercu tanda ternama. Ketiga-tiga acara larian kemudiannya akan berakhir di Dataran Merdeka.
Hadiah wang tunai kemenangan yang ditawarkan berjumlah RM36,000 dengan juara kategori 21km lelaki dan wanita bakal beroleh RM7,000 malah terdapat ganjaran acara khas, RM20,000 – “Beat Your Record” kepada peserta warganegara Malaysia yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan.
Turut ditawarkan ialah sebuah kereta tajaan PROTON Persona bernilai RM60,000 sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
Untuk mendaftar, sila layari hsn21km.com