Sering kali mengalami masalah menyimpan barangan cecair seperti produk penjagaan wajah ketika mengemas bagasi untuk tujuan berlibur? Tak usah bingung kerana jenama rangkaian penjagaan tersohor dari bumi Perancis, Face Inc ada memperkenalkan kit yang memuatkan produk rejim penjagaan wajah lengkap khas untuk mereka yang ingin ke luar daerah.
Ramai yang gusar kerana servis penerbangan kebiasaannya tidak mengizinkan penumpang untuk membawa cecair berlebihan. Bahkan, catuan barangan cecair dikenakan dan hanya cecair yang dibalut rapi dibenarkan untuk dibawa bersama. Oleh itu, Face Inc mengambil langkah proaktif untuk memudahkan penggunanya membawa ke mana sahaja produk penjagaan wajah harian mereka tanpa perlu bimbang.
Terdiri dari empat produk lengkap bersaiz genit termasuklah gel pembersih wajah (CLEAR), serum pemulihan kulit (CORRECT), pelembap (REJUVENATE) serta cecair pelindung matahari dengan SPF50 (PROTECT). Kesemua produk dibotolkan dalam botol silider ringan bersaiz 10ml setiap satu, malah hadir bersama kantung tahan lasak yang mampu memastikan keselamatan produk daripada tertumpah saat disimpan dalam bagasi.
Setiap satu produk yang disertakan dalam kit pengembaraan Face Inc adalah bertepatan dengan langkah rejim penjagaan wajah sempurna, pastinya dapat mengekalkan hidrasi dan kecantikan kulit meskipun berada jauh dari kediaman sendiri.
Harga yang ditawarkan untuk kit pengembaraan lengkap oleh Face Inc ini adalah RM98.00 setiap satu dan anda boleh mula mendapatkannya dari cawangan butik kecantikan SASA terpilih seluruh Malaysia.
Sila layari www.thefaceinc.com untuk keterangan lanjut.