Kecantikan bakal isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir di majlis khatam Al-Quran telah mendapat perhatian pengikut laman sosial.
Rata-ratanya memuji kecantikan Deena yang persis patung Barbie tetapi dalam busana Muslimah. Netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya pasangan yang bakal bernikah Jumaat ini bahagia hingga ke akhir hayat. Keperibadian Deena turut dipuji netizen kerana dianggap memenuhi syariat agama untuk seorang wanita.
Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini. Manakala satu majlis khas buat peminat akan diadakan pada 18 September dan lokasinya akan diberitahu kemudian.
https://www.instagram.com/p/BJ8DEA-BHnf/?taken-by=deenaemir&hl=en
https://www.instagram.com/p/BKKhFHeBidP/?taken-by=deenaemir&hl=en