Estée Lauder Malaysia memberikan nafas baru kepada peminat kecantikan di pinggir bandar Putrajaya dengan satu lagi stor konsep baharu!
Terletak di tingkat bawah IOI City Mall, stor konsep baharu ini menawarkan ruangan yang besar bagi peminat kecantikan untuk meneroka dan berseronok dengan pelbagai barangan keperluan kecantikan, dari penjagaan kulit, rona-rona musim terkini dan siri wangian yang sesuai digunakan pada bila-bila masa.
Penduduk di kawasan ini dapat melangkah ke dalam ruangan yang moden, yang direka khas untuk memberikan mereka pengalaman istimewa di dalam dunia kecantikan.
Terdapat 2 bar mekap yang lengkap bagi membolehkan mereka bermain dengan warna, dan Perunding Kecantikan kami turut berada di stor untuk memberikan tips kecantikan ketika mereka menerokai produk mengikut rentak sendiri.
Bagi mereka yang mencari inspirasi kecantikan, It Girl semasa dan duta Estée Lauder, Kendall Jenner pasti menguja anda dengan produk-produk kegemarannya di “Sudut Kendall.”
Terdapat juga tawaran yang lebih mewah daripada Estée Lauder, iaitu rangkaian Re-Nutriv bagi mereka yang ingin memanjakan kulit, di “Sudut Pengalaman Re-Nutriv.”
Estée Lauder boleh didapati di pusat membeli-belah terkemuka di seluruh Malaysia, Sephora, stor-stor bebas di Komtar, Gurney Plaza, IOI Putrajaya dan Beauty Playground di Sunway Pyramid dan juga secara online di www.esteelauder.com.my.