Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

3 Destinasi Percutian Untuk Si Lasak Yang Terbaik Hanya di Hotels.com

by Izzah Azizah
September 20, 2016
Foto - google.com

Foto - google.com

28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda seseorang yang sukakan aktiviti ganas, lasak dan berani menyahut cabaran? Percutian bagi bukanlah sesuatu yang selesa dan mewah. Anda sering mencari perkara atau aktiviti yang rare setiap kali keluar dari Malaysia. Hotels.com sediakan 3 destinasi pelancongan yang top dengan aktiviti mencabar untuk anda rasai.

New Zealand

Aktiviti bungee jumping. Foto - google.com
Aktiviti bungee jumping. Foto – google.com

Pelbagai aktiviti air, udara dan darat anda yang boleh lakukan disana. Antaranya melompat bungee jumps dari ketinggian 134 meter di Nevis Bungy atau yang lebih ‘gila’ turun dari langit setinggi 15,000 kaki, aktiviti udara dipanggil skydiving Walaupun dalam keadaan bahaya anda boleh melihat pemandangan gunung dan tasik biru Taupo yang luar biasa indah. Selain itu, anda juga boleh melawat set filem Hobbiton. Sebanyak 44 lubang rumah unik hobbit, termasuk juga rumah watak utama di dalam filem itu Bilbo Baggins untuk diteroka. Untuk penginapan selesa selepas beraktiviti lasak, Hotels.com memilih hotel Eagles Nest Backpackers terletak di Bay of Islands dan Treetops Lodge & Estate, yang terkenal dengan aktiviti jungle trekking, menunggang kuda dan berbasikal.

Foto - Freepik

7 Negara Paling BEST Untuk Travel Bagi Yang Kaki Shopping

February 6, 2020
Foto - Travel Channel

Merepak! Ini Undang-Undang Luar Negara Yang Kamu Tak Tahu

October 16, 2019

Bali

IKLAN

rinjanidaritimbanuh1
Puncak Gunung Rinjani. Foto – google.com

Bali mungkin terkenal dengan gelaran ‘Pulau Romantik’ namun ramai penggemar aktiviti lasak akan berkampung di  sana. Tinggalkan sahaja pakej spa di hotel anda, sediakan kasut sukan untuk mendaki Gunung Rinjani iaitu gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Anda pasti terpesona dengan pemandangan dari atas gunung dengan tasik cantik Segara Anak dibawahnya. Tak cukup dengan gunung dan tasik, anda boleh lakukan aktiviti air di Air Terjun Sendang Gile. Kedinginan air terjun tersebut pasti membuat kayuhan renangan anda lebih laju. Lengkapkan percutian lasak anda dengan menginap di hotel Novotel Lombok Resort and Villas yang berada di tengah-tengah hutan dan Villa Ombak Hotel pula di Gili Trawangan. Lokasi terkenal dengan pantai dan tumpuan untuk melihat sunset.

Iceland

Aurora Borealis. Foto - google.com
Aurora Borealis. Foto – google.com

Jarang dengar orang kita ke Iceland, apa kata anda memecah tradisi ke sana. Pada bulan September sehingga April, langit malam Iceland berubah kepada fenomena Aurora Borealis. Anda dapat lihat langit gelap itu dihiasi garisan warna bersama kerlipan bintang. Kalau di Australia anda dapat lihat ikan lumba-lumba, tapi di Iceland anda akan dapat lihat ikan paus! Antara lokasi yang selalu menjadi spot untuk ikan paus di Reykjavik, ibu negara Iceland. Jangan lupa juga untuk merakam gambar pancutan air glasier dan anda boleh berehat dari aktiviti dengan berendam didalam kolam air panas glasier. Pilihan hotel terbaik untuk melihat langit Aurora dari Hotels.com ialah Hotel Reykjanes Apartment. Bagi yang ingin menginap di tengah bandar Iceland boleh check-in di ION Adventure Hotel.

Apa anda tunggu lagi? Rencana aktiviti anda sekarang dengan tempahan hotel dari Hotels.com!

Tags: aktiviti lasakbalicabaran dirihotels.comicelandkembaranew zealandpercutian lasaktravel
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.