SHOOPEN adalah salah satu jenama kasut fesyen terbesar di Korea membawa bersamanya pelbagai kemudahan untuk koleksi kasut dan aksesori untuk wanita dan kanak-kanak. Tidak kira yang hipster, supermodel wannabe ataupun fesyenista, SHOOPEN membantu anda menentukan gaya peribadi anda tersendiri. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga mampu milik jadi anda boleh cantik dengan koleksi kasut dan aksesori SHOOPEN.
Baiklah sempena dengan pembukaan kedai pertamanya di Fahrenheit88, Bukit Bintang, anda semua berpeluang bertemu dengan pujaan hati si cantik Song Ji Hyo ke sesi Meet & Greet pada 1 Oktober 2016 nanti. OMG!!! Teruja tak?
Bagaimana untuk memenangi pas? Mudah sahaja! Shoopen Malaysia akan menganjurkan pertandingan Belanja & Menang dari 16 September sehingga 25 September 2016 di mana pelanggan yang membeli RM200 dan ke atas berpeluang untuk menyertai peraduan ini. Lima pemenang bertuah akan diumumkan pada 26 September dan berjaya melayakkan diri ke sesi Meet & Greet bersama Song Ji Hyo.
Untuk info lanjut, anda boleh semak Facebook SHOOPEN Malaysia ataupun Instagram @shoopenmalaysia.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berbelanja besar di Shoopen sekarang okay!