Pernahkah anda mengimpikan kebebasan? Kebebasan di sini bukanlah bermakna anda bebas dari segi masalah dan kesukaran, namun kebebasan yang sebenar adalah bagaimana anda mengekspresikan diri anda sebenar tanpa perlu risau dan berfikir tentang pandangan orang lain.
Apa yang orang lain fikir tentang anda adalah perkara terakhir yang perlu anda risaukan kerana apa yang lebih utama adalah keselesaan diri sendiri dan anda harus bebas membuat keputusan sendiri mengikut kemahuan diri dan bukannya menjadi ‘orang lain’ semata-mata mahu diterima dalam masyarakat.
Tonton Video #monkifesto “Knowledge is Queen”
Sehubungan dengan itu, MONKI iaitu sebuah jenama fesyen tersohor dari Sweden mengambil langkah proaktif menerusi kempen #monkifesto untuk menyebarkan mesej berguna bagaimana wanita harus berasa selesa terhadap diri sendiri dan keluar dari kepompong yang kadang-kala membuatkan diri mereka berasa tidak bebas.
Pelbagai isu dibincangkan antaranya termasuklah “Knowledge is Queen”, “Cut The Norm”, Sisterhood”, “Sharing is Caring” dan banyak lagi!
Tonton Video #monkifesto “Cut The Norm”
Monki mahu mengubah persepsi masyarakat ke arah yang lebih terbuka dan mengajak anda semua untuk turut serta. Bukan itu sahaja, kempen ini juga dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun MONKI yang ke-10.
Ayuh! Serlahkan persona dan keperibadian diri anda yang sebenar dengan #monkifesto!
Tidak salah untuk menjadi diri sendiri kerana menjadi individu yang serupa dengan orang lain adalah sangat membosankan. Percayalah, anda sangat unik 🙂