Siapa yang masih belum menonton filem hebat masa kini Train to Busan?
Filem yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia ini berbeza dengan filem-filem zombi lain yang lebih cendurung memaparkan aksi ngeri zombi meratah manusia, tetapi filem ini lebih mengetengahkan apa yang terjadi kepada sifat kemanusiaan apabila terperangkap di dalam kecemasan wabak zombi.
Disebabkan itu, populariti yang diterima Gong Yoo menerusi Train to Busan mula memberi kesan kepada karier aktor itu apabila peminat mula mewujudkan beberapa akaun palsu di media sosial yang menggunakan namanya.
Berikutan itu, pihak agensi pengurusan pelakon itu mengeluarkan amaran kepada pihak yang telah mewujudkan profil berkenaan agar memadamnya sebelum sebarang tindakan diambil malah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.
“Kami membuat kenyataan ini kerana ramai mula keliru tentang akaun sebenar milik pelakon itu kerana terdapat beberapa akaun palsu diwujudkan,” kata wakil syarikat pengurusannya.
Dalam kenyataan sama turut dijelaskan bahawa Gong Yoo tidak mempunyai sebarang akaun media sosial (Twitter, Facebook, Instagram) yang diuruskannya sendiri.
Terkini, pelakon itu sedang menjalani penggambaraan untuk drama bertajuk “Goblin”.