Penantian anda kini telah pun berakhir! Koleksi FENTY PUMA hasil kolaborasi Rihanna bersama dengan jenama sporty hebat itu merangkumi aksesori, kasut serta helaian pakaian kini telah pun berada di pasaran.
Setiap satu rekaan dari ilham Rihanna itu berlandaskan konsep yang sangat berani dan berahi, diinspirasikan dari gaya fesyen jalanan kontemporari Jepun yang sungguh berkarakter.
Palet rona yang digunakan pula adalah menggunakan kesinambungan warna-warna gothic seperti hitam, plum dan putih.
Seperti Rihanna, dirinya gemar bereksperimentasi dengan penggayaan versetile dan konsep itulah yang cuba diketengahkannya dalam kolkeis FENTY PUMA di mana, helaian ikonik lelaki sengaja digabungkan dengan reka bentuk ala wanita, menepati cita rasa sensual yang gah.
“Koleksi ini bukanlah hanya menggambarkan diri saya dan bagaimana sya gemar bergaya, namun setiap rekaan yang saya cipta adalah demi membawa jenama PUMA ke satu tahap yang hebat di mana semuanya akan menjadi istimewa, penuh dengan kejutan,” jelas Rihanna.
Penggunaan fabrikasi mewah, mainan tekstur yang disertai bayangan ilusi menarik diolah semula mengikut cita rasa Rihanna. Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com/en_MY. Koleksi Fenty PUMA dari Rihanna untuk Puma hanya boleh didapati daributik jenama PUMA yang berlokasi di KLCC dan Sunway Putra Mall sahaja.