Cara pemakanan sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan kesihatan gigi. Kita percaya bahawa sesetengah pengambilan makanan dan minuman bisa mewujudkan kecatatan pada gigi. Namun begitu, tahukah anda bahawa masih terdapat makanan yang baik untuk diamalkan.
#1 Epal
Epal adalah makanan terbaik yang boleh memusnahkan plak pada gigi serta memperbetulkan warna gigi semula jadi, sama seperti strawberi.
Oleh kerana buah Epal yang sangat rangup, dalam masa yang sama ia turut akan memastikan supaya kondisi mulut anda sentiasa basah (menghasilkan air liur lebih banyak apabila mengunyah) kerana saliva atau air liur sebenarnya bertindak membasmi kerosakan gigi.
#2 Kacang Almond
Snek ringkas ini terbukti dapat memberikan senyuman bak mutiara yang anda impikan. Ini kerana, bahagian luar kacang Almond adalah kasar, permukaan itu kemudian akan bantu menghakis karat dan segala kotoran yang melekat pada gigi.
Untuk pengetahuan anda lagi, kacang gajus dan kuaci juga sama berkesan!
#3 Strawberi
Buah strawberi adalah sumber utama yang dapat menghasilkan asid malic. Asid jenis ini dipercayai dapat menanggalakan kotoran karat kekuningan pada gigi, Yang pasti, rasanya sedap tak terkira walaupun kadang-kala masam sedikit.
#4 Bawang Putih
Tahukah anda dengan hanya mengunyah sebutir bawang putih bisa mengurangkan kemunculan “plaque” atau ‘karang gigi’ pada gigi anda? Yup! Walaupun baunya sedikit busuk dan tidak menenangkan.
#5 Brokoli
Tak ramai yang gemar akan rasa buah brokoli. Namun, setelah anda lihat kebolehan sayur berserat ini untuk memutihkan gigi anda, anda pasti akan jatuh hati!
Brokoli mengandungi zat besi yang dapat melawan kejahatan masalah kaviti pada gigi.
#6 Keju & Yogurt
Amalkan memakan produk-produk tenusu seperti yogurt dan keju kerana ia baik untuk kesihatan gigi dan mulut.
#7 Bawang
Oleh kerana bawang mengandungi kadar sulfur yang tinggi. Ia mampu membasmi masalah ‘karang gigi’ sama seperti bawang putih.
Makan bawang secara mentah supaya ia dapat melawan kemunculan plak pada kawasan sulit seperti di celah-celah gigi.
#8 Buah Pir
Jika anda tidak gemar mengigit buah epal yang mempunyai tekstur keras, anda boleh menggantikannya dengan buah pir.
Buah pir yang telah cukup masak akan memiliki tekstur isi lembut. Mudah untuk digigit begitu sahaja dan dalam masa yang sama akan menjadikan gigi anda putih berseri!
#9 Nanas
Buah tropikal ini mengandungi enzim bromelain iaitu sejenis enzim yang dapat menghakis karat pada gigi serta menguatkan enamel (bahagian gigi paling luar) anda!
Tips Bonus!
Kulit Oren
Potong oren anda, pisahkan kulit dari buahnya dan manfaatkan kulit oren tersebut seperti kertas pasir yang digosok terhadap permukaan gigi bagi mendapatkan hasil .