Untuk perayaan Krismas yang akan datang, tambah dekorasi rumah anda dengan koleksi patung comel kristal dari Swarovski. Bukan patung biasa biasa tau, koleksi ini boleh dijadikan hiasan di ruang meja kopi atau digantung di pokok krismas anda. Ia akan menambah lagi seri dan mood menyambut Hari Krismas disamping keluarga dan teman-teman.
Sejak 2006 lagi patung kristal Christmas Kris Bear menjadi rebutan para collector. Kini, untuk Krismas 2016 secara khasnya Swarovski mengeluarkan semula Christmas Kris Bear dengan desin terbaharu, patung beruang memegang gula kandi bewarna merah. Patung beruang istimewa ini adalah koleksi terhad yang boleh juga dijadikan sebagai hadiah Krismas untuk yang tersayang.
Terdapat juga desin comel yang lain seperti Rockin Santa dan Stocking, kilauan kristal dari mereka pasti mempesonakan mata tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Gandingan warna klasik merah dan hijau yang menceriakan pasti mengingatkan kembali sambutan Krismas ketika zaman kanak-kanak anda.
Untuk yang mencari hiasan eksklusif pada pokok Krismas, bolehlah mencuba hiasan dari koleksi Ornaments yang khas diperbuat dari buatan tangan. Mengekalkan ciri klasik Krismas seperti berwarna putih kristal dan desin berbentuk loceng serta bebola berbentuk salji. Dengan elemen ukiran ornamen dan percikan kilaun dari koleksi ini, pasti ruang tamu anda kelihatan seakan berada di winter wonderland.
Sejak tahun 1991 Swarovski mengeluarkan desin khas bagi bersempena Hari Krismas dan desin pertama mereka ialah Star of The Season. Rekaan khas dari Verena Castelein ini menyambut ulangtahun ke 25 dan eksklusif 2016 ini Swarovski menambah perincian warna inspirasi dari fenomena alam Aurora Berealis. Pada setiap tahun Swarovski memperbaharui desin koleksi mereka dan figura bintang berkilau warna pelangi ini hanya dijual secara limited-edition.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Krismas Swarovski, anda boleh layari laman web SWAROVSKI.