13 September lepas, COACH tampil menyertai minggu fesyen New York untuk musim Bunga/Panas 2017.
Kesemua helaian rekaan COACH untuk musim bunga adalah berlandaskan konsep feminin yang diterap dengan perincian klasik ala maskulin.
Jumbaian rambu-ramba, reben serta fabrikasi jenis jarang berenda banyak digunakan ke atas setiap rekaan di samping sifat keceriaan yang diwujudkan melalui motif bunga-bungaan serta perkakas logam sebagai perhiasan edgy pada jaket kulit, beg tangan dan sepatu jenis “creepers”.
Palet rona malap yang terdiri dari hitam, plum dan putih seolah diberi nafas baru dengan tambahan rona menonjol seperti merah, kuning dan hijau -selari dengan musim bunga yang pastinya meriah!
Antara reka bentuk helaian yang cuba diketengahkan pula adalah seperti jaket kulit, kot berbulu, dress paras lutut, skirt kulit, blaus berperincian.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com