Umum ketahui bahawa bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan telah menfailkan penceraian dari aktor Brad Pitt dengan turut menuntut penjagaan kesemua enam anak mereka.
Dan, pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apa agaknya reaksi Jennifer Aniston. Mana tidaknya, perkahwinan Aniston dan Pitt selama lima tahun sebelum ini, dikhabarkan musnah selepas kehadiran Jolie.
Portal hiburan terkemuka Amerika Syarikat, US Weekly melaporkan, Aniston tidak begitu terkejut dengan berita itu, sebaliknya sudah lama mengagak ia akan berlaku.
Aniston dikatakan memberitahu rakannya, dia tidak nampak bagaimana hubungan mereka akan bertahan memandangkan personaliti Jolie dan Pitt yang jauh berbeza.
Malah, Aniston juga dilaporkan dengan selamba berkata, apa yang terjadi adalah balasan atas apa yang dilakukan mereka berdua terhadapnya.
Di laman sosial, boleh dilihat peminat Aniston yang selama ini memendam rasa, meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Banyak meme menggunakan wajah dan dialog yang pernah diungkapkan Aniston digunakan untuk menggambarkan perasaan mereka tentang apa yang berlaku.
Hashtag #TeamJen tiba-tiba sahaja trending, dengan majoriti menyifatkan Aniston akhirnya ‘mendapat keadilan’.
Mood today. #TeamJen pic.twitter.com/tokoND7rzh
— Rachael Crawford (@_rachcrawford) September 20, 2016
https://twitter.com/BraydenHuff/status/778356832075190272?ref_src=twsrc%5Etfw
I've always been #teamJen anyway 💁💅🏼 pic.twitter.com/sC8SsffheE
— AISLEYNE (@Aisleyne1) September 20, 2016
https://twitter.com/Hannahltuck/status/778318366855553024