Formulasi baru Asid Hialuronik dengan Kolagen Jenis II yang diperbuat daripada Mobilee dan B2cool adalah salah satu penyelesaian ‘oral’ baru daripada Kordel’s untuk membantu melincirkan sendi yang haus bagi mereka yang menhidap Osteoarthritis.
Jika sebelum ini, pilihan rawatan yang ditawarkan hanya untuk melegakan kesakitan adalah suntikan untuk menambah cecair sinovia yang pekat dengan Asid hialuronik. Cecair sinovia atau cecair sendi bertindak sebagai penyerap hentakan dan pelincir dalam sendi yang sihat. Bagi mereka yang mengalami Osteoarthritis, asid ini terlerai kepada kepekatan yang lebih rendah daripada normal yang menyebabkan sakit sendi dan kekejangan. Kaedah suntikan ini boleh menyakitkan dan tidak selalunya berkesan pada semua orang.
Formulasi baru Kordel’s ini memulakan proses pembaikan dan pelinciran dengan Mobilee dan B2cool, dengan kelulusan EFSA dan FDA. Mobilee adalah bahan semulajadi yang dipatenkan dengan kepekatan asid Hialuronik yang diekstrak daripada balung ayam yang kaya dengan Sodium Hyalurate (HA), Kolagen Terhidrolisis dan Polisakarida bertindak secara sinergi untuk meningkatkan kesannya.
Gabungan khas ini diuji secara klinikal untuk membantu pesakit dengan hanya satu kapsul sehari selama 8 minggu untuk menambah cecair sendi untuk melincirkan sendi dengan meningkatkan asid hialuronik sendi sebanyak 10 kali ganda, dan untuk membina semula proses pembaikan tulang rawan sendi dan mengembalikan kekuatan, secara semulajadi.
Asid Hialuronik dengan Kolagen Jenis II Kordel’s kini boleh didapati dalam botol 30 dan 90 kapsul di farmasi-farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari Kordel’s Malaysia, emel [email protected] atau hubungi talian maklumat di 1300-88-1712.