Pasti ramai ibu mengandung sedang menunggu due date bukan ? Kelengkapan ibu dan bayi telah tersedia tapi bagaimana pula dengan penjagaan makan untuk ibu yang akan berpantang. Amat penting dalam menentukan pemakanan untuk seorang ibu berpantang kerana semasa proses bersalin sebelum ini ibu mengalami pelbagai tekanan emosi dan perubahan fizikal.
Disini Wanista nak kongsikan tiga resepi mudah lauk ikan tenggiri untuk ibu berpantang. Takkan lah nak menghadap lauk ikan masin hari hari kan ? Ibu yang sedang berpantang memerlukan banyak tenaga untuk menyusukan bayi dan memperbaiki kesihatan luar dan dalam.
- Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus
Bahan-bahan
3 – 4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
Cara-cara
Bersih isi ikan, mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. Masukkan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.
- Singgang Ikan Tenggiri
Bahan-bahan
Ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih – dimayang
2 cm lengkuas – dihiris nipis
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa
Cara-cara
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.
- Ikan Tenggiri Masak Asam
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2)Hiris halia dan bawang.
3) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
4) Kacau rata sebelum dihidangkan.