Sejak 5 dekad lalu, nama besar dalam bidang fotografi seperti Jean-Paul Goude adalah tidak asing lagi. Beliau banyak memegang peranan sebagai orang penting dalam mengelolakan perihal fotografi, mencipta gambar unik untuk nama-nama fesyen serta muzik terhebat di peringkat antarabangsa.
H&M dengan bangganya mengumumkan kolaborasinya bersama Jean-Paul Goude yang menjadi tulang belakang untuk sesi fotografi khas bagi kempen KENZO x H&M. Kempen ini akan mula dilancarkan pada 17 Oktober nanti sebelum kesemua koleksi KENZO x H&M dipasarkan di seluruh 250 buah gedung H&M seluruh dunia pada 3 November hadapan.
Jean-Paul Goude sering dikaitkan bersama Grace Jones iaitu seorang penyanyi, aktres, model dan trendsetter yang sering tampil dengan gaya ‘androgini’ bahkan Jean-Paul turut menjadi dalang yang pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna internet ketika Kim Kadarshian menjadi muka hadapan Paper Magazine sambil menayang bahagian belakang tubuh tanpa seurat benang.
https://www.youtube.com/watch?v=1067MpHsX-U
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan idola kami, Jean-Paul Gaude adalah ikon yang sebenar. Setiap imej ang dirakamnya untuk kempen KENZO x H&M adalah sungguh bernas dan istimewa berlandaskan nilai personaliti, positiviti serta kebebasan yang dapat dilihat menerusi rekaan helaian pakaian dan aksesori untuk KENZO x H&M,” jelas Carol Lim dan Humberto Leon, Pengarah Kreatif untuk jenama KENZO.
Sila layari www.hm.com untuk keterangan lanjut.