September ini, adidas Originals akan memperkenalkan evolusi terbaharu dalam gaya fesyen kasut bersama rapper tersohor Kanye West. Buat pertama kali ditampilkan di YEEZY SEASON 3 secara epik pada New York Fashion Week Februari baru-baru ini.
Walaupun rekaannya diolah baru, YEEZY BOOST 350 V2 masih menarik dan berkualiti dengan teknologi adidas yang mengambil aura fesyen Kanye West. 350 V2 bermain dengan susunan tiga warna di atas Primeknit, serta garisan solar warna merah ‘SPLY-350’. Tapak getah TPU di tepi mencipta kesan yang menarik dan kelihatan unggul.
YEEZY BOOST 350 V2 menggunakan inovatif dari adidas iaitu teknologi BOOST™ untuk memberikan kesan tahan lama, daya penyerapan kejutan dan tarikan reponsif. Pada masa yang sama, teknik jahitan termaju, Primeknit antara bahan utama adidas yang digunakan dalam kasut ini.
YEEZY BOOST 350 V2 akan berada distor Adidas seluruh dunia pada 24 September 2016. Harga bermula dari RM 990, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Facebook Adidas