Jenama sukan global yang sering disebut-sebut para peminat fesyen sporty dan ranggi, PUMA baru sahaja melancarkan sebuah kempen baharu untuk wanita yang digelar “Do You”.
Apa yang menarik, seorang supermodel terkemuka Cara Delevingne bakal menyerikan kempen tersebut, menjadi salah seorang duta wanita di samping Rihanna yang merupakan Pengarah Kreatif kempen anjuran PUMA.
Klik Pada Gambar Untuk Paparan Penuh
Kempen ini diadakan bagi memperkasa kaum wanita, menyedarkan masyarakat betapa pentingnya untuk seseorang orang menerima diri mereka sendiri meskipun terdapat kekurangan diri. “DO YOU” adalah berkenaan mencari kebenaran dalam diri dan percaya terhadap kebolehan dan kemampuan diri sendiri. “Ia secara tidak langsung menggalakkan semua orang untuk menjadi diri mereka sendiri,” jelas Cara.
Cara Delevingne dipilih untuk menjadi duta kempen ini kerana sifat dirinya yang berani, sering mencari jalan terbaik untuk mengekspresikan diri di samping bisa berkomunikasi menggunakan gerak tubuh secara profesional menepati kariernya sebagai seorang supermodel ternama. Ia pasti dapat menarik minat orang ramai sekaligus memotivasikan masyarakat terutamanya kaum wanita untuk jadi lebih menyerlah serta berkeyakinan.
Segala produk keluaran PUMA untuk rangkaian Running & Training dan Koleksi Sportstyle akan mula dipasarkan pada Disember akan datang. Sila layari global.puma.com